kek minyak red velvet

Peminat kek pasti mengetahui kewujudan Kek Minyak Red Velvet yang cukup lembut dan gebu. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Seronok kalau makan kek ini bersama kopi atau teh. Memang nikmat. Lebih-lebih lagi kalau keknya terjadi cantik. Puas hati selepas membuatnya.

Konsep kek dengan menggunakan minyak ini sudah menjadi trend sekarang. Tak perlu gunakan butter. Keknya tetap menjadi dan teksturnya cukup halus. Cair dalam mulut!

Buat anda yang suka buat kek, anda patut cuba resipi yang dikongsikan oleh Sabariah Mehat di Facebook. Serius cantik kek ini. Sayang nak makan.

Baca juga: Kuih Seri Muka Red Velvet Guna Tepung Segera, Memang Menjadi!

RESIPI KEK MINYAK RED VELVET

kek minyak red velvet

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • *1 sdb ovalete
  • *1/2 cawan gula pasir diblend
  • 1 sdk vanila
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk red velvet emulco

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  2. Mix ovalette dan cawan gula pasir diblend hingga kembang selama 12 min.
  3. Masukkan esen vanila dan susu
  4. Mix lagi selama beberapa minit. Masukkan minyak dan mix lagi sehingga sebati..
  5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder guna spatula atau sudip. Kaup dan balikkan sehingga sebati.
  6. Bahagikan kepada 3 bahagian (1 bahagian red velvet emulco, 1 bahagian pewarna merah, 1 bahagian warna asal)
  7. Masukkan dalam loyang yang disapu minyak dan dialas dengan baking paper.
  8. Masukkn adunan berselang-seli.
  9. Bakar selama 45-50 minit pd suhu 160° atau ikut oven masing-masing. Siap!

Mudah bukan? Dah siap macam ni, bolehlah ajak keluarga rasa. Mereka pasti puji melambung.

kek minyak red velvet

Kebanyakan kek menggunakan butter, kali ini lain dari yang lain. Kalau anda bawa Kek Minyak Red Velvet ini pulang ke kampung, bekas terus licin. Sangat sedap. Selamat mencuba!

Sumber: Sabariah Mehat

Baca juga: Resipi Donut Red Velvet ‘Viral’ Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN