Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah, ditambah pula teksturnya yang lembut dan gebu, memang buat kita tak sabar nak menikmatinya.
Kali ini, jom cuba kek mentega simple perkongsian Dapur Kak Chik di Facebook. Sukatannya menggunakan cawan, bahan mudah didapati dan cara penyediaannya pun tidak rumit. Memang sedap dimakan bersama secawan kopi panas!
Baca juga: Tak Perlu Mixer, Ini Resepi Kek Pisang Gebu Guna Blender Yang Sesuai Untuk Minum Petang
Kek mentega klasik sememangnya tidak pernah mengecewakan. Gabungan mentega, telur dan esen vanila menghasilkan aroma yang harum dengan rasa lemak yang cukup menyelerakan.
Lebih menarik, resipi ini menggunakan sukatan cawan yang memudahkan kerja di dapur. Ikuti bahan-bahan dan langkah penyediaannya seperti berikut.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C (ayak 2 kali):
Bahan D:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan mentega dan gula halus ke dalam mangkuk adunan. Putar sehingga kembang dan warnanya menjadi sedikit pucat.
2. Masukkan telur, esen vanila dan garam. Putar lagi sehingga semua bahan sebati.
3. Seterusnya, masukkan bahan C sedikit demi sedikit secara berselang-seli dengan susu segar.
4. Kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semua bahan bercampur rata dan sebati.
5. Sediakan loyang dengan menyapu sedikit mentega dan alas menggunakan kertas pembakar.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 45 hingga 50 minit atau sehingga kek masak, bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Untuk memastikan kek sudah masak, cucuk bahagian tengah menggunakan lidi. Jika lidi keluar bersih tanpa adunan melekat, kek sudah boleh dikeluarkan.
Siap! Biarkan kek seketika sebelum dipotong dan dihidangkan. Nikmati bersama secawan kopi atau teh panas untuk melengkapkan waktu minum petang bersama keluarga. Memang ringkas, tetapi keenakannya tetap mengingatkan kita kepada kek mentega klasik zaman dahulu!
Selamat mencuba!
Sumber: Dapur Kak Chik
Baca juga: Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…