Categories: Resipi

Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!

 

Ada yang nak lepas hajat makan kek coklat moist ke? Jom follow resipinya di sini.

Mesti korang nak tahu apa tips cara kukus kek tanpa guna ovalette kan. Tapi masih lagi lembut dan gebu dengan coklat dekat atas meleleh.

Ramai yang berniaga kek ni. Mungkin rata-rata antara kita menggunakan kaedah kukus.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak

Terima kasih di ucapkan kepada Ezatul Azura kerana sudi memberi petua buat kek coklat moist kukus ini di Facebook. Semoga tip ini berguna untuk kami semua serta mereka yang berniaga di luar sana.

Lepas ni nak buat kek coklat moist boleh terus masuk juga dalam bekas plastik ikut saiz yang korang nak.

Lebih mudah dihidang atau untuk dijadikan jualan. Setiap saiz bekas juga akan ada masa mengukus yang betul.

Ikut je resipi ni sampai habis, untuk korang kenal pasti masa yang diperlukan mengikut saiz bekas.


RESIPI KEK COKLAT MOIST LELEH TANPA OVALETTE

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur Gred B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh serbuk vanilla
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas

Bahan coklat ganache/ toping:

  • 300 gram coklat masakan
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 cawan fresh milk

Cara-caranya:

1. Pukul telur + gula sehingga kembang

2.Masukkan serbuk/esen vanilla + susu pekat. Pukul dgn kelajuan sederhana.

3.Masukkan tepung gandum yg diayak+serbuk koko+baking powder+soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.

4.Masukkan minyak jagung. Kacau hingga sebati

5.Masukkan air panas. Kacau lagi sehingga sebati.

6.Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu mentega.

7.Tutup loyang guna aluminium foil utk elakkan air menitis atas adunan.

8.Selepas air pengukus dah menggelegak, masukkan loyang tadi.

9.Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.


Cara buat coklat ganache/toping:

Masukkan coklat masakan + fresh milk+ butter ke dalam kuali. Kacau perlahan sehingga larut. Setelah cairan coklat mula mendidih dan kelihatan berkilat, angkat. Sejukkan sebentar dan tuang ke atas kek.


Wah! Sedapnya bayangkan ada kek coklat moist macam ni dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan sedia untuk dimakan.

Boleh juga buat untuk hidangan petang atau nak buat jualan pun sangat okay! Selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

2 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

6 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

7 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

9 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

9 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

9 hours ago