Categories: Informasi

KKM Akan Laksana Pelabelan Kalori Makanan Di Restoran, Kafeteria

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Pemakanan akan melaksanakan sebuah projek rintis pelabelan kalori makanan di restoran dan kafeteria pada awal tahun depan, bagi menilai kebolehlaksanaan dasar pelabelan menu di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebagai permulaan, ia akan dilaksanakan di restoran di Putrajaya selain kafeteria KKM dan kementerian lain serta rangkaian restoran makanan segera.

“Sekarang ini kita (KKM) dalam peringkat perancangan untuk mengenal pasti kafeteria dan restoran yang ingin ambil bahagian dalam projek rintis ini yang bakal dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun.

“KKM akan sediakan maklumat (kalori) itu supaya mereka (pengusaha) tidak perlu membelanjakan duit untuk konsultan bagi melabelkan menu makanan mereka.

“Cuma kita minta kerjasama daripada pihak pengurusan restoran supaya apabila sudah dibuat maklumat kalori itu, ia dapat diletakkan pada menu di kedai makanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan Trim&Fit bagi pelaksanaan di semua kementerian dan jabatan di KKM di sini hari ini.

Ditanya sama ada projek rintis itu akan menjurus kepada dasar pelabelan menu pada masa akan datang, Khairy berkata, projek itu dibuat bagi melihat perubahan tingkah laku masyarakat.

“Selepas itu, KKM secara berdasarkan bukti akan tengok dari segi data, dari segi kejayaan projek rintis sebelum kita buat keputusan berkenaan dasar pelabelan wajib kerana ada negara yang sudah wajibkan dan kita akan lihat kesannya,” katanya menambah projek rintis itu akan diperluas di seluruh negara sekiranya berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata, penentuan kalori di restoran akan dilakukan oleh pakar di Bahagian Pemakanan dengan melihat ramuan untuk menghasilkan sajian itu sebelum analisis dibuat.

Sementara itu, program pengurusan berat badan Trim & Fit adalah satu intervensi yang dijalankan mengikut persekitaran tempat kerja bagi memberi peluang kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obesiti menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

1 daripada 2 individu Malaysia hidap obesiti

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mencatatkan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus manakala 30.4 peratus mengalami masalah lebihan berat badan.

Ia membawa maksud bahawa satu daripada setiap dua individu dewasa Malaysia (50.1 peratus) berlebihan berat badan dan obes.

Daripada jumlah itu, masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi dan jabatan kerajaan mencapai 41.4 peratus.

Sumber: Harian Metro

Wan N

Recent Posts

Petua Ubi Kayu Tahan Lama 2 Minggu Dalam Peti Sejuk, Ramai Tak Tahu Cara Simpan Macam Ini

Petua ubi kayu ini sesuai dicuba kalau ada lebihan ubi kayu di rumah tetapi belum…

2 days ago

Resipi Bubur Nasi Ringkas, Masak Guna ‘Rice Cooker’ Pun Boleh Jadi Lembut & Hancur Elok!

Kalau nak masak resepi bubur nasi simple, tak perlu pening fikir banyak bahan. Guna beras,…

2 days ago

Resipi Kek Batik Sedap, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasa Coklat Tetap Pekat & Biskut Rangup

Kalau sedang cari resipi kek batik sedap yang rasa coklatnya lebih pekat dan ada tekstur…

2 days ago

Cara Elak Bendi Berlendir Masa Goreng, Rupanya Kena Buat Langkah Ini Dulu

Bendi goreng memang sedap dimakan bersama nasi panas, tetapi teksturnya yang terlalu berlendir kadang-kadang boleh…

2 days ago

Resipi Spageti Ayam Creamy Truffle, Rasa Ala Kafe Tapi Buat Sendiri Je Di Rumah!

Spaghetti Ayam Creamy Truffle ini memang terasa seperti hidangan ala kafe! Ayam yang rangup dan…

2 days ago

Cucur Udang Thailand Rangup, Guna Air Ais Rupanya Rahsia Adunan Tak Mudah Lembik

Kalau suka cucur yang garing di luar tetapi penuh dengan udang dan sayur, cucur udang…

2 days ago