Categories: Infomasi

OHSEM ADS 2022 Sasar Untuk Bantu 3,000 Pengusaha SME

Korang ada buat perniagaan secara kecil-kecilan tapi macam buntu sebab marketing agak ‘kureng’?

Jangan risau! ada jalan penyelesaian untuk korang. Apa kata korang ke acara khas iaitu OHSEM ADS 2022 di Mines 2, Seri Kembangan pada 3 November 2022 ini yang dianjurkan sendiri oleh REV Media Group (RMG) bersama Dattel Asia Group (Dattel).

Acara ini memang khas untuk korang yang memang usahawan perniagaan kecil dan sederhana (SME) untuk terangkan dengan lebih lanjut kelebihan beriklan dengan Rangkaian Media REV dengan kuasa data gaya hidup pengguna media sosial.

Memang akan meriah acara ini sebab dijangka seramai 3,000 usahawan dan ahli pemasaran dalam komuniti SME Malaysia yang akan datang.

Bukan itu je, memang ada antara pengusaha SME akui populariti portal digital seperti The New Straits Times, SAYS, dan Vocket tetapi tak ramai yang tahu yang portal-portal ini memang sebahagian dari Rangkaian Media REV yang mampu tarik jumlah pengunjung dalam talian yang tertinggi di Malaysia.

Baca juga: Media Prima Terus Cemerlang, Raih Tiga Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2022

Rangkaian Media REV dikunjungi seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulana Facebook atau Google di Malaysia, menurut laporan Comscore.

Walaupun ada panduan pemasaran digital yang korang boleh dapat macam optimumkan enjin carian, penggunaan integrasi media sosial, iklan Google dan lain lagi, tapi itu hanya dalam media sosial je sebagai platform untuk buat marketing dengan harga yang rendah.


Tiga Mitos Usahawan SME Fikir Bila Iklan Dengan REV Media

1. Selalu anggap rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka.

2. Keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar.

3. Usahawan SME tak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat.


Tapi jangan risau, itu semua mitos je, OHSEM ADS 2022 nanti akan bantu selesaikan masalah korang dan apa kelebihan yang boleh dapat nanti.

Ada beberapa contoh bila beriklan dengan Rangkaian Media REV yang akan ditonjolkan kepada korang di OHSEM ADS 2022 nanti.

Pada Mac lalu, RMG dan Dattel melancarkan kolaborasi pertama iaitu REV Ad Manager yang merupakan satu platform pengiklanan layan diri menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Platform ini memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.

Kini REV Ad Manager telah diakses oleh lebih dari 100 jenama, termasuklah SME dan juga jenama besar dalam sektor peruncitan, fesyen, dan kesihatan.

Melalui OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel berhasrat bagi memberikan peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel, Ashran Ghazi berkata, penyasaran audiens yang betul ialah sesuatu yang penting dalam mana-mana bisnes.

“Disebabkan itu kami mahu membantu dan memperkasa SME dengan data yang pragmatik dan yang paling utama dapat membuahkan hasil.

“Kami dapat membuktikan bahawa keputusan ROI dari pengiklanan yang mengatasi tanda aras Kadar “Click Thru” dari iklan media sosial.

“Ini sesuatu yang membanggakan dan sebab itu kami mahu kongsi pencapaian ini dengan peserta OHSEM ADS 2022,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee pula berkata, usahawan SME tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional bagi mendapatkan data dan menghasilkan persona untuk dipadankan dengan penyasaran audiens mereka.

“Enjin penyaran berpandukan AI kami akan menyarankan asset media yang optimum untuk audiens pilihan anda, seterusnya memudahkan usaha pemilik jenama,” katanya.

OHSEM ADS 2022 menjamin peningkatan keupayaan pemasaran dan pengiklanan usahawan SME melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.

Ia juga termasuk pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits).

Platform ini telah menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.

Mereka yang hadir juga akan berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi.

Kadar pengiklanan ini direka khas untuk usahawan SME bagi membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium.

Usaha ini pada asasnya memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.

OHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi.

Usahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV Ad Manager boleh mendaftar di laman web https://ohsem-ads-2022.eventbrite.com

Jumpa di sana!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api, Selera Kampung!

Sesiapa saja yang berasal dari kampung pasti pernah merasai ikan masin sekali dalam seumur hidup.…

5 hours ago

Petua Lesung Batu Tahan Lama, Cara Atok Nenek Kita Dulu-Dulu

Mak-mak di sini ada yang masih mengekalkan cara lama? Oleh itu, anda perlu tahu tentang…

6 hours ago

Cara Potong Buah Delima Dengan Cepat, Nak Makan Pun Mudah!

Buah delima merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak khasiat. Oleh kerana buah ini diimport…

6 hours ago

9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Mak-mak selalu gunakan sayur dalam masakan mereka. Oleh sebab itu, ada di antara mereka yang…

8 hours ago

Cara Buat Sambal Bilis Hitam, Tak Letak Kicap Tapi Tetap ‘Gelap’

Resepi sambal bilis hitam ini memang menjadi kegemaran ramai. Dimasak pula sehingga pekat, lagi memikat…

8 hours ago

Himpunan 6 Resipi Sambal, Membuak-buak Selera Makan Nasi!

Kalau dah tekak orang melayu ini, mesti tak sah kalau tak ada sambal makan dengan…

9 hours ago