Kek batik memang menjadi dessert kegemaran ramai, namun versi kek batik lembut ini lebih istimewa kerana teksturnya yang seakan-akan kek!
Kek ini juga penuh dengan rasa coklat yang cair di mulut bersama tekstur biskut yang empuk. Sangat sesuai dihidangkan untuk majlis istimewa atau makan sendiri di rumah.
Selain itu untuk dapat potongan kek yang kemas, celupkan pisau dalam air panas atau lap dengan tisu setiap kali hendak memotong kek. Ini akan memastikan potongan lebih rapi dan tidak comot.
Jom cuba buat sama-sama!
Baca lagi: Resipi Pulut Sekaya, Nak Lebih Sedap, Perlu Buat Macam Ini…
RESIPI KEK BATIK LEMBUT
Bahan-Bahan Kek Batik:
- 600g biskut Marie (dipatah-patahkan)
- 200g butter
- 1 cawan Milo
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan air masak
- 2 biji telur
- Esen vanila (untuk aroma)
Bahan-Bahan Topping (Ganache Coklat):
- 100g milk compound (coklat susu)
- 100g dark compound (coklat gelap) (Boleh guna jenama Beryl’s untuk hasil terbaik)
- 200ml whipping cream
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar golden syrup (optional, untuk tambahan kelembutan)
- 1 sudu kecil hazelnut oil (optional, untuk rasa coklat seperti Cadbury)
Cara Penyediaan Topping (Ganache Coklat):
1. Cairkan semua bahan topping menggunakan kaedah double boil atau jika ingin cepat.
2. Masukkan bahan ke dalam microwave. Setelah cair, ketepikan dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum digunakan.
Langkah-Langkah Penyediaan Kek Batik:
1. Masak butter dalam kuali sehingga cair menggunakan api kecil.
2. Setelah butter cair, masukkan susu pekat dan kacau rata. Pastikan ia sebati dengan butter.
3. Masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam campuran. Kacau dengan cepat untuk mengelakkan berketul-ketul.
4. Pukul telur terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam adunan. Kacau rata sebelum menambah air. Terus kacau hingga semua bahan tercampur sebati.
5. Akhir sekali, masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan. Kacau rata supaya setiap kepingan biskut disaluti dengan coklat.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 10 inci yang telah dialas dengan plastik (untuk memudahkan mengeluarkan kek). Tekan adunan supaya padat dan rata.
7. Setelah adunan biskut padat, tuangkan ganache coklat yang telah disediakan di atasnya. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih, sehingga kek menjadi padat.
8. Sebelum dipotong, keluarkan kek dan biarkan ia pada suhu bilik seketika supaya kek lembut dan mudah dipotong.
Sumber: Azlina Ina resepi
Baca lagi: Telur Masak Kurma Paling Beraroma, Ini Rahsia Kuah Nampak Pekat & Lebih Berselera!