resipi pulut sekaya

Resipi pulut sekaya salah satu pencuci mulut tradisional yang tak lapuk dek zaman. Rasanya lemak manis dan tekstur pulut yang lembut membuatkan kuih ini digemari ramai.

Untuk menghasilkan pulut sekaya yang lebih sedap, pastikan anda menggunakan santan segar dan telur yang berkualiti. Lebih lama anda kukus, lebih baik tekstur lapisan sekaya akan terbentuk, menjadikannya lebih halus dan berkilat.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya di bawah ini!

Baca lagi: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

RESIPI PULUT SEKAYA

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah (Pulut):

  • 3 cawan beras pulut (rendam selama 1 jam)
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (paras beras pulut)

Cara-Cara Menyediakan Lapisan Bawah (Pulut):

1.  Alaskan loyang dengan plastik terlebih dahulu supaya mudah untuk mengeluarkan kuih selepas siap.

2. Masukkan beras pulut yang sudah direndam ke dalam loyang.

3.  Campurkan santan dengan sedikit garam, kemudian tuangkan ke atas pulut tadi bersama air sehingga air mencapai paras beras pulut.

4. Kukuskan campuran pulut tadi sehingga pulut masak sepenuhnya. Anda akan lihat pulut menjadi lembut dan kenyal.

5. Selepas masak, tekan pulut menggunakan sudu atau alat penekan untuk memampatkannya. Ini supaya lapisan bawah kelihatan lebih cantik dan sekata. Ketepikan sebentar.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas (Sekaya):

  • 8-10 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 keping gula melaka
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan Lapisan Atas (Sekaya):

1.  Dalam periuk kecil, cairkan gula melaka bersama gula putih, daun pandan, dan air. Didihkan sehingga gula melaka larut sepenuhnya. Biarkan sejuk.

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.

3. Setelah sirap gula melaka sejuk, tuangkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati. Pastikan tiada ketulan dalam campuran.

4.  Tapis adunan telur dan gula melaka supaya teksturnya licin dan tiada serat.

5. Perlahan-lahan, tuangkan adunan sekaya ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.

6. Kukus lapisan sekaya bersama pulut sehingga lapisan atas betul-betul masak. Anda akan tahu lapisan atas sudah masak apabila ia kelihatan pejal dan berkilat.

7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Kuih akan lebih mudah dipotong dan kekal cantik bila sejuk.

resipi pulut sekaya

Sumber: Ayu Hj Wan Muhammad

Baca lagi: Resipi Nasi Dagang, Tak Campur Beras Pulut Tapi Nasi Tetap Lembut & Berderai Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN