Kapur makan sering digunakan dalam masakan. Ia membantu dalam merangupkan, mengeraskan dan menstabilkan tekstur makanan, terutama kuih dan bahan gorengan.
Selain itu, kapur makan juga digunakan untuk memerahkan warna makanan. Ia menjadikan pulut atau bancuhan tepung kelihatan lebih menarik dan ‘naik’ warnanya.
Kapur makan ini juga membantu dalam penyediaan jeruk, sayur dan beberapa jenis manisan. Ia membuat bahan lebih rangup, tahan lama dan teksturnya lebih stabil.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang kegunaan lain kapur makan dalam masakan, jom baca artikel ini hingga habis.
Baca juga: 21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan
1. Menjadikan Buah & Sayur Lebih Rangup
Air kapur boleh digunakan untuk menguatkan tekstur buah atau sayur supaya tidak mudah lembik bila dimasak atau dijeruk.
Contohnya:
Rendam sekejap buah dalam air kapur untuk menjadikannya lebih rapuh, rangup dan tidak kecut. Sebab itu, jeruk yang menggunakan air kapur biasanya mempunyai tekstur yang lebih menarik dan sedap digigit.
2. Menghasilkan Kuih Yang Lebih Kenyal
Dalam pembuatan kuih tradisional, air kapur membantu menambah keanjalan dan struktur pada adunan supaya tak mudah pecah atau lembik.
Antaranya:
Air kapur menjadikan kuih lebih kenyal, gebu dan elok bentuknya bila dipotong.
3. Membantu Mengurangkan Lendir Atau Bau Dalam Bahan Mentah
Air kapur kadang-kadang boleh digunakan untuk:
4. Membuat Rempeyek, Kerepek & Gorengan Lebih Rangup
Air kapur boleh membantu merangupkan dan mengeraskan bahan masakan, terutama yang berasaskan tepung dan digoreng dengan banyak minyak. Contohnya, bancuhan tepung untuk goreng pisang, keledek dan seumpamanya.
Biasanya guna sedikit sahaja air kapur saja. Kira-kira satu sudu teh, sudah cukup untuk dicampur ke dalam adunan tepung. Contohnya, 3 bahagian tepung beras, 1 bahagian tepung gandum dan 1 sudu teh air kapur.
5. Menjadikan Mi Kuning Lebih Kenyal
Untuk sesiapa yang suka buat mi kuning homemade, air kapur ialah bahan yang wajib diletak. Ia memberikan:
6. Untuk Memerahkan Warna Makanan
Bila dicampur dengan kunyit, ia akan menghasilkan warna merah semula jadi. Campuran dua bahan ini biasanya digunakan semasa merendam pulut. Hasilnya pulut cantik warnanya tanpa mengubah rasa.
Sumber: Facebook
Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Gula Melaka & Gula Kabung Yang Ramai Keliru
Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…
Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…
Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…
Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…
Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…
Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…