resipi kaswi

Kalau dah selalu buat kuih kaswi pandan, kali ini apa kata jom cuba resipi kaswi versi keledek ungu pula. Rasanya lembut dan tak terlalu manis.

Warna ungunya yang cantik datang sepenuhnya daripada keledek tanpa pewarna tambahan, menjadikan kuih ini lebih sihat dan semula jadi.

Lebih menarik, resipi ini langsung tidak menggunakan santan atau air kapur tetapi hasilnya tetap kenyal dan sedap dimakan.

Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh, Versi Tanpa Bungkus Tapi Tetap Wangi Daun Pisang!

RESIPI KASWI KELEDEK UNGU

resipi kaswi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2⅓ cawan air
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan keledek ungu (dikukus terlebih dahulu)
  • ½ sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Kukus keledek ungu sehingga benar-benar lembut supaya mudah dikisar dan menghasilkan tekstur kaswi yang halus.
  2. Satukan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga adunan betul-betul halus dan sebati tanpa ketulan.
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan, kemudian tuangkan adunan dan kukus selama kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya dan kelihatan pejal.
  4. Biarkan kaswi sejuk sekelum dikeluarkan dari acuan.
  5. Hiaskan dengan kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak manis

Nota:

  • Resepi ini tidak menggunakan santan dan tidak perlu air kapur.
  • Warna ungu adalah 100% asli daripada keledek.

Sumber: Nazri Ahmad

Baca juga: Kuih Bingka Kacang Hijau Susah Nak Jumpa, Buat Sendiri Guna Resipi Ini Kalau Teringin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN