resipi kuih keria

Resipi kuih keria ini mudah diikuti dan sesuai untuk dibuat sendiri di rumah. Anda boleh sesuaikan tahap manis sira mengikut cita rasa yang disukai.

Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Dengan keledek yang lembut dan sira gula yang manis, setiap gigitan pasti memikat selera.

Kalau ada yang ingin mencubanya sendiri di rumah, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal

RESIPI KUIH KERIA GULA MELAKA

resipi kuih keria

Bahan-Bahan Kuih Keria:

  • 1 kg keledek oren
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu majerin
  • Garam secubit

Cara Membuat Kuih Keria:

  1. Kukus keledek hingga lembut. Masukkan sedikit garam semasa mengukus.
  2. Lenyek keledek yang telah dikukus dan biarkan sejuk.
  3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, majerin dan baking powder. Gaul rata.
  4. Masukkan keledek lenyek ke dalam campuran tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  5. Bentukkan doh seperti bentuk tayar.

Bahan Sira Gula:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam

Cara Membuat Sira:

  1. Masukkan air, gula dan garam ke dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut dan mendidih.
  2. Apabila sira mula pekat, masukkan kuih keria yang telah dibentuk.
  3. Gaul rata sehingga kuih bersalut sira gula dengan baik. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tip: Kuih keria paling sedap dimakan ketika masih hangat, rangup di luar dan lembut di dalam.

Sumber: Dapur Pak De Nashruddin

Baca juga: Apam Gula Hangus Yang Lembut & Gebu Macam Span, Resipi Mudah Yang Confirm Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN