Jika kita memang sudah selesa dan teringin makan di sesebuah gerai, pasti kita akan berusaha semampunya untuk memastikan agar kita dapat juga makan makanan di tempat tersebut.

Hal tersebut sama seperti perkongsian seorang pemuda apabila memuat naik video ‘usaha’ ibunya di satu gerai makan di food court hanya untuk memastikan dia dapat merasai menu di gerai tersebut.

Guna Minyak Masak Sendiri

Pengguna TikTok dikenali sebagai @iskandarzamuel telah menunjukkan kelakuan lucu ibunya yang gigih mengambil minyak masak yang mereka beli di pasaraya untuk diberikan kepada kedai makanan tersebut memandangkan kedai itu sudah mahu tutup kerana kehabisan minyak untuk memasak.

@iskandarzamuel

Kita pulak yang malu aih, mmg no excuse ye dengan mak mak 😆

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam kapsyen yang disertakan dia akui malu dengan telatah tersebut namun tetap berasa terhibur kerana faham dengan perangai ‘mak mak’.

“Sama je harga hahaha..”

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, pengguna Tiktok itu memaklumkan harga makanan masih sama dan tiada diskaun yang diberikan.

Asalkan dapat nasi yang dia nak

Perkongsian yang dibuat oleh Iskandar Zamuel itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terhibur dengan kerenah ibunya.

Mereka juga sudah cukup faham dengan perangai ‘mak-mak sempoi’ seperti itu kerana ia tidak menjadi kesalahanpun memandangkan makanan tersebut dimasak untuknya makan.

Mak2 habis shopping pun penat

“Ingat jual minyak tadi..”

Sumber: TikTok @iskandarzamuel

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN