Categories: Informasi

10 Kedai Makan Pontian Yang Menarik, No. 3 Tu Lain Dari Yang Lain!

Sesiapa yang bercuti ke Johor, ambil peluang untuk singgah ke Pontian yang terkenal sebagai daerah penghujung benua Asia dan mencuba pelbagai kedai makan Pontian yang sedap belaka.

Di sini kami kongsikan antara kedai makan Pontian yang menarik untuk anda nikmati bersama keluarga tersayang. Jom kita lihat!

Baca juga: 5 Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Manjung, Perak

10 KEDAI MAKAN PONTIAN YANG MENARIK UNTUK DICUBA

1. Warung Tiang Merah

Nama warung ini daripada tiang-tiang merah yang menjadikannya unik dan menawarkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang asli seperti nasi ayam, bihun sup, lontong dan sebagainya.

  • Alamat: Jalan Teo Kang Sui Dalam, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan Rabu, jam 8 pagi hingga 4 petang
  • Rating Google: 4.5 ⭐⭐⭐⭐

2. Seri Bunian Soto Restaurant

Trip ke Johor tak lengkap jika anda tak makan pelbagai jenis soto istimewa seperti soto ayam, daging serta makanan laut. Hidangan sup tradisional di sini penuh dengan aroma rempah dan berkualiti.

  • Alamat: J169, 82000 Pontian District, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, jam 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Rating Google: 4.4 ⭐⭐⭐⭐

3. Kopi Tenggek

Dengar namanya saja sudah cukup mencuit hati ramai peminat kopi. Kedai ini menggunakan konsep unik dengan meletakkan penapis di atas cawan kopi yang mempunyai rasa kopi sebenar.

  • Alamat: Kampung Serkat Laut, 82300 Kukup, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, jam 8:30 pagi hingga 4.30 petang
  • Rating Google: 4.3 ⭐⭐⭐⭐

4. Restoran Asam Pedas Asli Muallaf

Restoran ini diusahakan oleh tiga beradik mualaf berketurunan orang Asli dengan resipi turun-temurun keluarga. Jika nak tahu bagaimana rasa asam pedas Johor yang asli, inilah tempatnya.

  • Alamat: 21-G, Jln Delima 1, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, jam 9 pagi hingga 4.30 petang
  • Rating Google: 4.3 ⭐⭐⭐⭐

5. Bakso Idaman

Kedai makan ini antara yang paling legend di Pontian kerana telah dibuka lebih 30 tahun. Anda boleh nikmati pelbagai jenis bakso lazat seperti bakso daging, ayam dan ikan serta kuah kacang dan masakan panas.

  • Alamat: Kampung Duku, 82000 Pontian District, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari, jam 8 pagi hingga 10 malam
  • Rating Google: 4.2 ⭐⭐⭐⭐

6. Selera Tradisi Catering

Setiap hari adalah lauk raya, itulah yang boleh digambarkan tentangnya. Di sini anda boleh nikmati pelbagai hidangan raya seperti ketupat, burasak, rendang, sayur lodeh, sambal kacang dan banyak lagi.

  • Alamat: No 290-A, Tkt Bawah, Jln. Alsagoff, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, jam 11:30 pagi hingga 10 malam
  • Rating Google: 4.2 ⭐⭐⭐⭐

7. Nasi Padang Parit Semerah

Terkenal dengan hidangan kaya rempah dari Minangkabau, Indonesia, kedai ini menggunakan konsep hidangan beralaskan daun pisang dengan aneka lauk yang dimasak dengan stail Padang  yang cukup menarik.

  • Alamat: 12, Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, Kampung Parit Semerah, 82000 Pontian, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari, jam 11:30 pagi hingga 5 petang
  • Rating Google: 4.2 ⭐⭐⭐⭐

8. Restoran Kemangi

Restoran ini menyediakan hidangan tempatan dan Barat yang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga. Bukan saja masakan panas, malah nasi kerabu dan nasi dagang pun ada di sini.

  • Alamat: Malaysia, Lorong Pisang, Kampung Atap, 82000 Pontian District, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari, jam 12 tengah hari hingga 11 malam
  • Rating Google: 4.0 ⭐⭐⭐⭐

9. Coxn Cafe

Dekorasi kedai western tepi laut ini cukup cantik dengan beratapkan rumbia. Anda boleh nikmati pelbagai hidangan Barat seperti chicken chop, lamb chop, spagheti dan sebagainya sambil nikmati pemandangan laut yang tenang.

  • Alamat: Ibrahim, Jalan Parit Dukacita, Kampung Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, jam 5 petang hingga 10.30 malam
  • Rating Google: 4.0 ⭐⭐⭐⭐

10. Restoran Assalam

Malam-malam mesti terasa lapar dan kedai mamak adalah salah satu pilihan yang ada. Jika begitu, anda wajib cuba menjamu selera di sini yang merupakan kedai mamak paling popular di Pontian.

  • Alamat: Pontian Kecil, 82000 Pontian Kecil, Johor
  • Waktu Operasi: Setiap hari, jam 6:30 pagi hingga 2 pagi
  • Rating Google: 3.7 ⭐⭐⭐⭐

Itulah antara kedai makan Pontian yang menarik untuk anda cuba bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga anda seronok bercuti di Pontian nanti!

Sumber: tempatcuti.my

Baca juga: Tempat Makan ‘Outdoor’ Di KL & Selangor

Aimi

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

5 hours ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

5 hours ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

9 hours ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

11 hours ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

12 hours ago