Telur rebus sering digunakan dalam hidangan seperti sambal, kari, sandwich dan banyak lagi. Tapi pernahkah anda dengar tentang Biskut Telur Rebus sebelum ini?
Biskut Telur Rebus adalah salah satu biskut lama yang juga dipanggil biskut cincin. Senang cerita, inilah biskut legend yang tak lapuk dek zaman.
Walaupun biskut ini cuma dihidangkan pada Hari Raya, namun ada sesetengah orang yang membuatnya pada hari biasa kerana terlalu ingin memakannya.
Jika anda suka buat biskut, boleh cuba resipi Biskut Telur Rebus yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Biskut Goreng, Orang Lama Je Yang Tahu Snek ‘Legend’ Ini
Bahan-bahan:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.
2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung, kemudian uli sehingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang ada.
4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140 hingga 160ºC selama 15 hingga 20 minit atau sehingga biskut jadi keperangan.
Sukar untuk jumpa Biskut Telur Rebus kerana tak ramai yang tahu tentangnya, tapi dengan resipi ini, bolehlah anda cuba buat di rumah nanti.
Teksturnya yang rapuh dengan rasa lemak dari kuning telur rebus menjadikannya enak dimakan pada bila-bila masa. Bahkan, anda boleh jadikannya sebagai kudapan di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazliza Ahmad
Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…