Categories: Resipi

Kam Heong Ayam Paling Sedap & Berempah, Rupanya Goreng Dulu Baru Lagi Juicy & Padu!

Kam heong ayam memang antara menu yang makin viral sekarang. Selalunya kita nampak versi udang atau lala, tapi bila guna ayam, hasil dia lagi padu, kuah berempah melekat dan isi lebih juicy!

Perkongsian daripada Dani J Tang ini jadi perhatian sebab teknik dia simple, tapi hasil rasa macam makan dekat restoran. Rahsia dia? Goreng ayam dulu sebelum tumis!

Kalau anda tengah cari resipi kam heong ayam paling sedap dan mudah, ini yang wajib cuba.

Baca juga: Resipi Udang Kam Heong Paling Juicy, Pedas Manis Dan Aroma Memikat!

RESIPI KAM HEONG AYAM

Bahan-bahan:

Bahan A (ayam):

  • ½ ekor ayam (peha dan dada)
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit

Bahan B (kuah):

  • 6 ulas bawang merah kecil / 1 bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (cincang kasar)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Cili padi secukupnya
  • Daun kari
  • Sedikit halia (ditumbuk)
  • Sedikit udang kering (pilihan)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit gula dan garam
  • 1 sudu besar sos cili (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Perap Dan Goreng Ayam

Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Ini step penting yang buat kam heong ayam lebih sedap dan tak lembik.

2. Tumis Bahan Sampai Wangi

  • Gunakan 3–4 sudu minyak gorengan ayam tadi.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit garing.

3. Masak Kuah Kam Heong

Masukkan serbuk kari dan sedikit air.

Kemudian tambah sos tiram, kicap manis dan sos cili. Kacau sampai sebati.

Kalau kuah nampak pekat sangat, tambah sikit air je.

4. Masukkan Ayam

Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sampai semua bersalut kuah.

5. Perasakan

Rasa dulu, tambah garam atau gula ikut selera.

Masak sampai kuah sedikit pekat dan ayam betul-betul masak.

Tip Kam Heong Ayam Lagi Power

  • Goreng ayam dulu = isi lebih juicy dan tak hancur
  • Daun kari wajib letak untuk aroma asli kam heong
  • Tambah udang kering untuk rasa lebih umami
  • Nak pedas? Tambah cili padi atau cili kering kisar

Kenapa Kam Heong Ayam Ni Viral?

Sebab rasa dia cukup lengkap, masin, manis, pedas dan berempah dalam satu hidangan. Makan dengan nasi panas, memang confirm bertambah!

Kalau dah biasa makan udang kam heong, kali ni cuba versi kam heong ayam pula, serius tak menyesal.

Selamat mencuba!

Sumber: Dani J Tang

Baca juga: Perap Ayam Goreng 30 Minit Sahaja, Bau Wangi Sampai Jiran! Ini Cara Rahsia Bagi Rangup & Berempah

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

18 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

18 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

18 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

19 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

20 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

20 hours ago