
Sejak dulu, kita sering dengar orang sebut tentang khasiat dalam resepi Jamu Halia untuk menyegarkan badan. Biasanya, orang Barat panggil minuman sihat ini sebagai Ginger Shot.
Walaupun berbeza nama, namun tujuan utama Jamu Halia tetap sama iaitu untuk menjaga kesihatan tubuh, buang angin dan bantu menguatkan imuniti badan.
Resepi Jamu Halia tak susah dibuat kerana bahan-bahannya memang biasa ada di dapur seperti halia, kunyit dan oren. Ia tak guna bahan pengawet, jadi lebih selamat untuk diminum.
Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini
RESEPI JAMU HALIA HOMEMADE

Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kupas halia, kunyit dan oren. Potong kecil supaya mudah dikisar.
2. Selepas itu, masukkan semua bahan ke dalam blender bersama sedikit air.

3. Kisar halus, kemudian tapis guna penapis kain (contoh kain muslin atau kain penapis teh).
4. Selepas itu, simpan dalam botol kaca bersih dan letakkan dalam peti sejuk.
5. Satu cawan bancuhan ni boleh tahan untuk 3 kali minum (3 hari).
Jika suka, anda juga boleh letakkan dalam 1 hingga 2 sudu madu mengikut selera. Nak minumannya jadi lebih pekat, hanya perlu kurangkan air semasa kisar.
Khasiat utama Jamu Halia:
- Halia – bantu buang angin dalam badan, legakan perut kembung, lancarkan penghadaman dan panaskan badan.
- Kunyit – bersifat anti-radang semula jadi, baik untuk sendi dan kesihatan kulit.
- Oren – kaya dengan vitamin C, tingkatkan sistem imun, bantu cegah selesema.
- Madu – sumber tenaga semula jadi, antibakteria, jadikan rasa minuman lebih sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Hana Sabri
Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














