Malam ini Ropie pula akan muncul sebagai juri Jemputan dalam program Dapur Tempur dan akan membantu Chef Adu Amran serta Sheila Rusly untuk menilai masakan dari 3 pasangan keluarga yang masih kekal.
Pelawak tanah air yang lebih dikenali dengan Pak Kodi ini mengatakan dia sendiri tidak ada masalah bagi markah tinggi kalau hidangan itu sedap. Namun, disebabkan ini program realiti, kalau tak sedap, memang tidak akan beri markah.
“Saya tak kisah bab makan, janji sedap. Kalau saya jadi juri, saya habaq mai, memang tegas. Takkan bagi ‘can’ punya walaupun depa dah kenyit-kenyit mata minta markah lebih,” kata Ropie dalam Dapur Tempur minggu keenam.
Artikel berkaitan: Kena Masak Itik Untuk Minggu Kelima, Juri Bagi Cabaran Seorang Sahaja Dibenarkan Memasak
Minggu ini kita dapat menyaksikan 3 buah pasangan keluarga iaitu;
1. Pendekar Malaya – Pakcik & Anak Saudara (Haizal & Irfan)
2. 9Siblings – Kakak & Adik (Nusaybah & Tasnim)
3. Sudap Sudip – Ibu & Anak (Halifah & Arif)
Apa pula cabarannya kali ini sampai salah satu peserta tutup mata dan telinga tu? Sampai juri jemputan pun naik ‘taring’ kalau masak tak sedap?
Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.
Dapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.
Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.
Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.
#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy
Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…
Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…
Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…
Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…
Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…
Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…