Categories: Dapur TempurInformasi

Dapur Tempur 2023 Kini Berwajah Baharu, Selebriti Popular Bakal Buat ‘Havoc’

Program realiti memasak popular, Dapur Tempur 2023 kembali menemui penonton TV9 dengan wajah baharu. Dikenali sebagai Dapur Tempur Selebriti, musim baharu ini akan bersiaran selama 4 episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam selama satu jam di TV9. 

Program masak musim baharu ini bakal menyajikan medan pertempuran yang lebih meriah dan mencabar bersama 8 pasangan duo keluarga selebriti. Pasangan duo selebriti manakah lebih lincah dalam memasak dan kreatif untuk menyediakan hidangan yang lazat?

Baca juga: Masam Manis Juara Pertama Dapur Tempur

Menurut Puan Khairunisa Kamarulzaman, Pengurus Besar TV9, “Sejak diperkenalkan, Dapur Tempur berjaya menambat hati penonton TV9 dengan memperkenalkan format pertandingan memasak yang melibatkan pasangan ahli keluarga. Kali ini, TV9 telah menambah baik program ini dengan menyajikan versi selebriti yang perlu menyediakan hidangan masakan barat.

Puan Khairunnisa Kamarulzaman Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9.

Pemilihan barisan selebriti ini dilakukan kerana kami percaya ramai ingin menyaksikan aksi mereka bersama ahli keluarga di dapur dan bertempur dengan lawan mereka memasak makanan melalui cabaran yang diberikan. Selain itu, mereka dipilih berdasarkan personaliti yang menarik, sporting dan pasti keletah mereka dapat mewarnai program Dapur Tempur Selebriti. Kebanyakan daripada mereka diketengahkan buat kali pertama untuk program masakan khas di TV9. Kami berharap penonton TV9 akan terhibur dengan menonton Dapur Tempur Selebriti ini.”

“Kali ini, kami seronok untuk bekerjasama dengan Prego dan Vinda sebagai rakan penaja. Oleh itu, kami sepakat untuk memberi fokus kepada masakan Barat untuk mengetengahkan bagaimana mudahnya penggunaan Prego dalam menyediakan masakan barat dan keberkesanan Vinda untuk memastikan kebersihan di ruang dapur terjaga semasa kita memasak.” Tambah Puan Nisa.

Rancangan masakan baharu ini menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Dihoskan oleh seorang selebriti yang petah bercakap dan ceria iaitu Fiza Frizzy serta menggandingkan Chef Naem dan Michael Ang sebagai juri tetap. Gaya penyampaian Fiza Frizzy yang bersahaja pasti dapat mencipta keserasian dengan Chef Naem dan Michael Ang dalam ‘mengawal’ situasi medan pertempuran memasak yang hangat itu!

Pasangan duo selebriti yang terlibat dalam program ini ialah;

  • Achey & Anne (isteri)
  • Ain Edruce & Amirul (suami)
  • Shuib & Watie (isteri)
  • Bella Astilah & Zarinah Salleh (ibu)
  • Didie Alias & Nur Diyana (anak)
  • Wani Kayrie & Mama Kay (ibu)
  • Siti Saerah & Mohd Sharidan Johari (suami)
  • Lan Solo & Sheila (isteri).

Di setiap episod, dua pasangan keluarga selebriti akan bertempur antara satu sama lain untuk mencipta dua hidangan barat berdasarkan ramuan pada minggu tersebut. Musim baharu ini pastinya menjadi ‘havoc’ dan panas apabila para peserta perlu memasak di bawah tekanan serta sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran yang pasti mengejutkan.

Antaranya, mereka bakal diberikan 3 bakul misteri untuk memilih salah satu bakul yang mengandungi ramuan memasak. Adakah anda bersedia untuk memasak tanpa menggunakan pisau? Dapatkah anda meneka ramuan memasak tanpa melihatnya?

Mereka terkenal dengan bakat seni dan popular di bidang yang diceburi. Adakah dapur juga merupakan medan untuk mereka beraksi dengan yakin atau bakal hilang kawalan dek kejutan yang tidak diduga datang menguji?

Bagaimana mereka bekerja secara berpasukan untuk menghidangkan masakan mengikut pelbagai kriteria yang telah ditetapkan?

Di penghujung program, pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan dan cara kerja berpasukan. Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod 1 dan 2.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

Baca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago