Categories: Dapur Tempur

Episod 3 Lebih ‘Havoc’, Peserta Dicabar Memasak Tanpa Bahan Utama

Minggu lalu kita telah menyaksikan pertempuran dua pasangan keluarga dalam Dapur Tempur Selebriti iaitu Shuib dan isteri, Watie serta Bella Astillah dan ibunya, Mama Ina. Mereka perlu menyediakan menu masakan bertemakan makanan laut dan melalui cabaran ‘Macam Mana Ni?’.

Pusingan pertama boleh dikatakan agak mudah bagi kedua-dua pasangan peserta kerana mereka sudah biasa masuk dapur. Namun, tidak bagi Shuib yang lebih kepada membantu menyediakan bahan masakan, berbanding memasak. Bagi pasangan Bella dan Mama Ina, proses memasak mereka lebih teratur kerana bersistematik. Bella ditugaskan untuk memasak manakala Mama Ina akan menyediakan segala bahan yang diperlukan. 

Apa yang menariknya, Kumpulan Kerang iaitu Shuib dan Watie telah menyediakan saiz hidangan kecil ala ala makanan di hotel. Manakala, kumpulan Geng Pandai Masak Nasi iaitu Bella Astillah dan Mama Ina pula menyediakan hidangan macam nak buat kenduri!

Baca juga: Episod Kedua Lebih Mencabar, Kreativiti Duo Selebriti Pula Diuji

Pada pusingan kedua, mereka diuji dengan cabaran Dapur Tempur yang dinamakan ‘Macam Mana Ni?’ di mana semua pisau telah disorokkan dan mereka perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyediakan bahan masakan. Shuib dan Watie lebih memilih untuk menggunakan gunting dan pengisar, manakala Bella dan Mama Ina bijak menggunakan pemotong doh untuk memotong bahan.

Shuib dan Watie telah menyajikan hidangan Pasta Roma Shrimp Creamy dan Spicy Arrabbiata Spiral Shrimp Ball. Sementara, Bella Astillah dan Mama Ina pula menyediakan hidangan Aglio Olio Ala Bella Astillah dan Spiral Bella Bella.

Shuib dan Watie akur dengan keputusan juri apabila pasangan ibu dan anak, Bella dan Mama Ina telah dinobatkan sebagai pemenang bagi episod 2. Mereka telah membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan tajaan Prego dan Vinda selama setahun. Shuib dan Watie juga telah dihadiahkan dengan barangan tajaan Prego selama 3 bulan sebagai hadiah saguhati. 

Episod ketiga lebih mencabar, peserta kena masak tanpa bahan utama?

Episod ketiga yang akan bersiaran pada Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan dua pasangan ibu dan anak iaitu Didie Alias dan Diyana (anak) menentang Wani Kayrie dan Mama Kay (ibu).

Kedua-dua kumpulan ini dikatakan saling mengganggu antara satu sama lain semasa sedang bertempur. Walaupun suasana kecoh, namun salah satu peserta berjaya menyediakan menu yang bukan biasa-biasa.

Tak terhenti di situ, salah satu pasangan yang kalah semasa proses cabaran ‘Bayangan Gurauan’ perlu memasak hidangan tanpa bahan utama. Memang riuh-rendah dibuatnya! Macam mana nak masak kalau bahan tak cukup?

Berjayakah mereka menyahut cabaran kali ini? Siapakah yang bakal membawa pulang gelaran juara? Jangan lupa saksikan Dapur Tempur Selebriti episod 3 pada hari Sabtu, jam 8.30 malam hanya di TV9. 

Penonton juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai peraduan Tonton & Menang setiap minggu dengan menonton Dapur Tempur Selebriti. Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

Baca juga: Baru Episod 1, Gelagat 2 Pasangan Peserta Di ‘Dapur Tempur Selebriti’ Bikin Kecoh Habis!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago