kacang tanah goreng

Selain kuaci, kacang tanah goreng juga merupakan kudapan yang digemari ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Kalau anda nak tahu, kacang mengandungi vitamin, mineral dan protein yang baik untuk tubuh badan. Memang tak rugi kalau makan selalu!

Jadi, kali ini kami nak kongsikan resipi kacang goreng masin yang bukan sahaja mudah, tapi juga sangat sedap.

Memang dijamin tak berhenti makan, terutama sambil tengok televisyen. Kunyah-kunyah, tak sedar dah habis satu balang!

Baca juga: Cara Rebus Kacang Kuda Agar Cepat Empuk, Tak Perlu Tunggu Sampai Berjam!

RESEPI KACANG TANAH GORENG MASIN

kacang tanah goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Masukkan air, garam dan serbuk perasa ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, masukkan pula kacang tanah, bawang putih dan halia. Rendam selama 1 jam sehingga sejuk.
  3. Toskan air dan goreng kacang bersama bawang putih dan halia hingga garing. Pastikan kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
  4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Taburkan serbuk rencah nasi goreng secukupnya dan gaul sehingga rata.

Kacang tanah goreng masin sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: E-cah Katman

Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN