kacang goreng pedas

Asyik beli kacang goreng pedas kat kedai je. Baik buat sendiri! Follow je resipi mudah yang rangup dan berlemak ni. Kunyah-kunyah masa beraya, boleh tak sedar habis sebalang tau! Simple sangat cara penyediaannya. Jom try!

Korang yang suka makan kacang goreng pedas kena cuba resipi ni. Kacang goreng yang ada kat luar tu, mungkin berbeza sikit dengan resipi ni. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur je.

Baca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!

Rasa kacang ni memang berlemak sebab telah digoreng dengan tepung bestari. Korang tak akan muak nak makan. Kacang ni juga sesuai di hidangkan buat tetamu di majlis kenduri kendara. Letak je atas meja, memang laku keras.

Jom kita lihat step by step cara penyediaan kacang goreng yang di kongsikan oleh Cik Puan Azie Surip ni. Confirm puas hati dengan hasilnya.


RESIPI KACANG GORENG PEDAS 

Kacang goreng pedas 4 bahan je. Boleh buat untuk kudapan raya nanti. Yang penting lebih mesra poket!

bahan kacang goreng pedas

Bahan-bahan:

Cara-cara membuatnya:

1. Pecahkan telur, gaul dengan kacang sampai rata.

2. Masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul kacang sampai semuanya bersalut elok & kering. (tepung mesti melekat kering pada kacang).

3. Panaskan minyak, goreng kacang sampai masak. Sambil goreng tu pisahkan kacang jangan bagi dia melekat.

4. Sejukkan kacang sebelum simpan dalam balang.

kacang dalam balang


Siap! Korang boleh masukkan dalam balang yang kedap udara. Buat banyak pun takpe! Memang korang akan ketagih nak makan kacang ni nanti. Lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Dah tahu cara buat kacang goreng pedas yang sedap, rangup dan berlemak kat sini.

Save resepi ni siap-siap! Nak buat nanti boleh letak kat meja terus untuk kudapan. Time menyembang panjang, boleh ngunyah kacang tanpa perlu buka kulit. Raya puasa pun bukan main meriah lagi, mesti tak puas nak raya kan. Kita sambung raya haji ni pula.

Selamat mencuba!

Baca juga: Guna 5 ‘Tricks’ Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN