Kepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.
MyResipi
Nusantara
Mudah
Kepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.
1-2 kg laksa halus
1 kg ikan selayang direbus dan dikisar
5-6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10 biji cili padi merah atau hijau
4 biji lada kering*
2 cawan santan pekat dan campur sedikit air untuk kuah.
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
2 batang serai*
Sedikit belacan*
2-3 helai daun limau purut
2-3 helai daun selasih
Asam keping
Garam, gula dan perasa
Buah terung hijau atau terung pipit
2 tangkai daun selasih
⅓ ekor ayam dipotong kecil (optional)
Timun batang
Daun selasih
Ulam raja
Bayam brazil
Bahan-bahan bertanda * dikisar lumat. Masak santan sampai naik wap dan masukkan bahan kisar dan juga ikan yang dimesin lumat.
Masukkan ayam, masak sampai ayam empuk. Masuk asam keping. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Masukkan terung. Kalau guna terung ulam mesti belah dua kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut dan setangkai daun selasih.
Masukkan garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah mendidih dan secukup rasa masam-masam manis pedas. Siap untuk dihidang.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…