Bosan dengan menu ayam goreng? Apa kata hari ini kita cuba menu ayam bakar pula untuk hidangan seisi keluarga di rumah. Resipi ayam bakar yang cukup mudah dan paling penting sihat kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Bakar Daun Kunyit yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di Facebook.
MyResipi
Nusantara
MUDAH

1 ketul ayam bahagian dada
2 helai daun kunyit
1 batang serai
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kari
Sedikit garam
Kisarkan semua bahan sekali kecuali serbuk kari, garam dan daun kunyit.
Bila dah hancur. Masukkan dalam ayam dan tambah bahan lain. Gaul sebati bagi semua bahan mesra.
Perapkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap.
Bakarlah suka hati nak guna apa. Guna pemanggang ajaib pun boleh. Kalau bakar guna oven pun boleh.
Siap! Sedia dihidangkan. Janji masak simple dan sedap belaka. Selamat mencuba
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…