Kepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

Resepi Laksa Siam

Kepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1-2 kg laksa halus

  • 1 kg ikan selayang direbus dan dikisar

  • 5-6 ulas bawang merah*

  • 4 ulas bawang putih*

  • 10 biji cili padi merah atau hijau

  • 4 biji lada kering*

  • 2 cawan santan pekat dan campur sedikit air untuk kuah.

  • 1 inci lengkuas*

  • 1 inci kunyit hidup*

  • 1 inci halia*

  • 2 batang serai*

  • Sedikit belacan*

  • 2-3 helai daun limau purut

  • 2-3 helai daun selasih

  • Asam keping

  • Garam, gula dan perasa

  • Buah terung hijau atau terung pipit

  • 2 tangkai daun selasih 

  • ⅓ ekor ayam dipotong kecil (optional)

  • Timun batang 

  • Daun selasih  

  • Ulam raja

  • Bayam brazil

Kredit: Rosmaliza Omar
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan bertanda * dikisar lumat. Masak santan sampai naik wap dan masukkan bahan kisar dan juga ikan yang dimesin lumat. 

  • Masukkan ayam, masak sampai ayam empuk. Masuk asam keping. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

  • Masukkan terung. Kalau guna terung ulam mesti belah dua kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut dan setangkai daun selasih.

  • Masukkan garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah mendidih dan secukup rasa masam-masam manis pedas. Siap untuk dihidang.

Kredit: Rosmaliza Omar

Kredit: Rosmaliza Omar

Kredit: Rosmaliza Omar

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.