Peti sejuk merupakan tempat yang paling selamat untuk menyimpan makanan. Namun begitu, bukan semua jenis makanan boleh diletakkan di dalam peti sejuk.
Suhu peti sejuk boleh menyebabkan sesetengah makanan menjadi rosak dengan lebih cepat, lebih-lebih lagi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bukan itu saja, ia juga boleh memberi kesan kepada kadar nutrisi yang ada dalam makanan tersebut. Oleh itu, mari kita ikuti 21 jenis makanan yang tidak seharusnya disimpan di dalam peti sejuk di bawah.
Baca juga: Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!
Jika bawang besar disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menjadi lembut dan berkulat disebabkan oleh kelembapan.
Namun begitu, anda boleh simpan lebihan bawang yang sudah dipotong dalam bekas tertutup selama dua hingga tiga hari.
Jika bawang belum digunakan, simpan di tempat terbuka dan kering. Tetapi bukan di dalam plastik dan simpan jauh dari kentang.
Sama juga dengan bawang putih, simpan ia di tempat kering dan terbuka. Jika simpan di dalam peti, akan menyebabkan tumbuh pucuk hijau dan jadi bergetah.
Jika disimpan di dalam peti sejuk, daun akan menjadi basah dan bertukar menjadi warna coklat.
Cara betul menyimpan daun selasih adalah dengan merendam akar di dalam air dan disimpan pada suhu bilik.
Kentang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia menjadi lebih manis. Selain itu, kentang juga akan berwarna kehitaman semasa dimasak kerana gula dalam kentang dikaramelkan.
Avacado akan lambat matang jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan pada suhu bilik, ia akan matang dengan lebih cepat.
Sekiranya simpan di dalam peti, timun akan menjadi kekuningan serta timbul bintik-bintik pada permukaan kulit. Seterusnya timun akan kecut selepas 3 hari.
Sekiranya anda tetap memilih untuk menyimpannya di dalam peti sejuk, bungkus dengan pembalut plastik untuk meminimumkan kelembapan.
Sebaiknya, gunakan timun tersebut dalam tempoh segera untuk mengelakkan ia rosak.
Sebaiknya simpan tomato pada suhu bilik untuk mengekalkan rasa dan teksturnya.
Jika disimpan di dalam peti, minyak zaitun akan memjadi butiran kristal dan juga boleh menjejaskan rasa.
Cara yang terbaik untuk menyimpannya adalah dengan menyimpan di pantri, namun jauh dari cahaya dan haba oven.
Tembikai perlu disimpan pada suhu bilik untuk memastikan ia masak. Namun begitu, tembikai yang sudah dibelah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Ia perlu dimakan dalam tempoh masa 3 hingga 4 hari sebelum ia menjadi lembik dan berlendir.
Pisang memerlukan suhu yang suam supaya ia matang. Jadi, peti sejuk bukan tempat yang sesuai.
Namun begitu, pastikan pisang tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
Cuka yang terkandung dalam hot sauce untuk memastikan ia dapat bertahan selama 6 bulan. Jadi, hot sauce ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Jenis makanan ini sering disimpan di dalam peti sejuk oleh kebanyakan orang.
Ia hanya perlu disimpan di dalam almari dan boleh digunakan sepanjang tempoh 6 bulan.
Namun begitu, anda masih boleh memilih untuk meletakkan sos tomato dan sos cili di dalam peti sejuk.
Soy sos boleh disimpan di dalam kabinet dapur anda sahaja.
Namun begitu, kesegaran rasa dapat dikekalkan jika disimpan di dalam peti sejuk.
Kacang yang tidak dibakar boleh disimpan di luar peti sejuk selama 2 hingga 9 bulan selepas dibuka.
Tetapi, jika disimpan di dalam peti, ia akan mengelakkan kacang menjadi tengik.
Sebaiknya, jangan beli kacang dalam jumlah yang banyak. Pastikan ia disimpan di dalam bekas kedap udara, simpan di pantri dan dimakan dalam tempoh beberapa bulan.
Butter merupakan produk tenusu yang perlu disimpan di dalam peti sejuk. Namun begitu, ia akan menjadi keras dan sukar untuk ratakannya di atas roti.
Anda boleh menyimpannya di luar peti selama 2 hari pada suhu yang tidak terlalu panas.
Madu yang disimpan di dalam peti sejuk akan merubahnya menjadi butiran kristal dan akhirnya menjadi keras seperti batu.
Oleh itu, simpan madu di tempat yang tidak terlalu panas pada suhu bilik, bersih dan kering bagi mengekalkan khasiat madu.
Sapuan pada roti contohnya nutella dan peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti sejuk.
Jika diletakkan di dalam peti, akan membuatkan sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti.
Cara terbaik adalah disimpan di ruang bersuhu bilik.
Makanan di dalam tin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kecuali sekiranya ia telah dibuka.
Jika anda perasan, coklat yang disimpan di dalam peti akan muncul warna putih pada permukaannya. Ia bukan kulat, tetapi lemak semula jadi yang terpisah dari coklat.
Jadi, lebih baik jika simpan di tempat kering yang terhindar dari cahaya matahari.
Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar untuk diambil apabila mahu digunakan.
Jadi, lebih bagus jika simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat pada suhu bilik.
Buah epal boleh bertahan sehingga tiga minggu di luar peti sejuk.
Jika disimpan di dalam peti, ia akan mempercepatkan proses pematangan buah. Sebab itu buah akan cepat rosak, inti menjadi lembik dan tidak rangup.
Suhu peti sejuk akan merosakkan rasa dan tekstur terung. Namun, jika disimpan pada suhu bilik, ia akan dapat bertahan selama beberapa hari sahaja. Cara yang terbaik adalah dengan terus menggunakannya setelah dibeli.
Sumber: Delish
Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…