Categories: InfomasiTips & Petua

Jenis Pisang Yang Sedap Untuk Digoreng, Yang Terakhir Paling Digilai Ramai!

jenis jenis pisangjenis jenis pisang

Tahukah anda bahawa tidak semua pisang sesuai untuk digoreng? Ada beberapa jenis jenis pisang yang memang sedap dan memberikan rasa yang berbeza bila digoreng.

Dalam artikel ini, kita akan ketahui beberapa jenis pisang yang paling sesuai untuk dijadikan pisang goreng. Dari pisang raja yang manis hingga pisang kepok yang lembut, setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan

JENIS JENIS PISANG UNTUK GORENG

1. Pisang Nangka

jenis jenis pisangjenis jenis pisang

Pisang nangka ini juga merupakan antara pisang yang kerap digunakan dan ditanam di negara kita. Kelihatan sama seperti pisang yang lain, namun ia ada keunikan yang tersendiri.

Pisang nangka ini warnanya tetap hijau walaupun sudah matang. Jika pisang nangka bertukar kekuningan, ini bermaksud yang pisang itu sudah lembik isinya. Rasa pisang ini sedikit masam dan manis.

Bagi masyarakat Jawa, mereka menggunakan pisang nangka untuk membuat getuk pisang, sejenis kuih tradisional Jawa yang sesuai dinikmati semasa sarapan dan minum petang.

2. Jenis Jenis Pisang Sedap Digoreng (Pisang Kepok)

Pisang kepok atau pisang nipah ini mempunyai bentuk buah yang agak rata dan kulit yang tebal. Setiap tandan pisang kepok, yang biasanya terdiri daripada 12 hingga 16 sikat, boleh beratnya mencecah 20 kg.

Terdapat dua jenis pisang kepok iaitu kepok kuning dan kepok putih. Kepok kuning memiliki tekstur yang lembut dan manis, tanpa menjadi lembek. Sementara itu, kepok putih lebih lembut dan kurang manis. Dari segi harga, kepok kuning biasanya lebih murah berbanding kepok putih.

3. Pisang Tanduk

Pisang tanduk memiliki kulit berwarna coklat kemerahan dan daging berwarna kuning kemerah-merahan. Buah pisang tanduk biasanya lebih besar, jadi ia sering diproses dengan dipotong-potong sebelum dimasak.

4. Pisang Raja

Pisang raja merupakan antara spesis pisang yang menjadi rebutan di pasaran Malaysia kerana ia agak susah untuk didapati.

Saiz pisang raja ini agak besar berbanding pisang yang lain. Pisang raja ini boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng kerana kesegarannya. Jadi, pisang raja juga selalu dijadikan bahan masakan.

Antara masakan yang menggunakan pisang raja ialah kek, kerepek, pengat, lempeng dan kuih. Malah menjadi pisang terbaik untuk membuat goreng pisang.

Sumber: Sajian Sedap

Baca juga: 2 Jenis Kerang Yang Biasa Dijual Di Pasar, Rupanya Setiap Jenis Berbeza Cara Masak

Nasiha

Recent Posts

Lelaki Buka Gerai Mini Bazar Depan Rumah Tapi Tiada Pelanggan, Ini Antara Reaksi Netizen

Bazar Ramadan telah menjadi suatu tradisi pada setiap tahun di bulan Ramadan. Berbeza dengan peniaga…

25 mins ago

Cara Buat Stok Nasi Frozen, Nak Makan Hanya Panaskan! Lembut Elok Hasilnya

Terdapat banyak tips memasak yang berguna untuk dipraktikkan pada bulan puasa ini. Salah satunya adalah…

18 hours ago

Cara Buat Roti Bakar Dengan 3 Bahan Mudah, Garing Bukan Main Lagi

Pernah makan roti bakar di kedai kopitiam sampai tertanya-tanya tentang resipinya. Jadi, kami akan tunjukkan…

19 hours ago

Cara Buat Air Katira Versi Mudah & Sedap, Resipi Daripada Penjual Bazar Ramadan

Resepi air katira ini bukanlah asli dari negeri Johor. Tapi sudah memadai sekadar untuk membasahi…

20 hours ago

Rahsia Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Memikat, Kena Perah Sedikit Limau Nipis

Ramai yang suka masak ikan cencaru secara bakar kerana isinya yang begitu manis dan sedap.…

20 hours ago

Resepi Ayam Percik Merah Meleleh, Kuah Tersalut Elok, Manisnya Cukup Rasa

Ramai yang cari Ayam Percik di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Jika teringin sangat…

21 hours ago