Setelah memasak hidangan yang lazat belaka tapi ada baki yang tak habis dimakan, nak buang pun terasa sayang. Oleh itu, anda perlu gunakan cara simpan baki lauk yang mudah ini.
Baki lauk sebaiknya jangan dibiarkan pada suhu bilik lebih daripada 4 jam. Jika anda mempunyai banyak lebihan lauk, seeloknya terus letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Di bawah ini kami kongsikan cara simpan baki lauk tak habis dalam peti ais untuk anda praktikkan supaya pembaziran tak berlaku di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Sayur Panjang Tak Muat Dalam Bekas, Guna Tips Simpan Ini Supaya Tahan Lama!
1. Mula-mula, sediakan bekas yang sesuai untuk simpan baki lauk iaitu bekas bertutup yang mesra microwave untuk makanan berkuah dan ziplock bag untuk simpan makanan kering.
2. Jika ingin simpan nasi impit, boleh letak dalam ziplock bag dan simpan di bahagian chiller untuk diolah jadi menu baharu nanti.
3. Bagi hidangan sayur berkuah seperti pucuk ubi, boleh letak dalam bekas bertutup yang mesra microwave dan simpan di bahagian chiller. Ia boleh tahan selama 3 hari dan perlu terus dipanaskan dalam microwave.
4. Bagi hidangan lauk berkuah seperti kari ayam, letakkan dalam bekas bertutup yang mesra microwave dan simpan di bahagian freezer. Ia tahan sampai 2 bulan dan boleh terus dipanaskan dalam microwave.
5. Akhir sekali, tandakan nama dan tarikh lauk dimasak pada bekas supaya anda dapat tahu baki lauk itu sudah berapa lama disimpan dalam peti ais.
Baki lauk yang telah dipanaskan sebaiknya tak perlu disimpan lagi dan cukup sekali saja dipanaskan dalam microwave. Dengan cara simpan baki lauk ini, ia selamat dimakan semula.
Jika makanan lebihan terlalu banyak, bahagikan kepada beberapa bekas kecil supaya panaskan semula sekali saja dan boleh terus habiskan tanpa ada baki lauk dalam peti ais lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NorbayaDahalan
Baca juga: Cara Simpan Bahan Kisar Supaya Tahan Lebih Lama, Senang Nak Guna Nanti
Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan…
Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…
Paru goreng memang menjadi pilihan ramai sebagai lauk sampingan, terutama apabila dihidangkan bersama nasi lemak.…
Kalau suka lauk yang masam, pedas dan penuh aroma, ayam singgang ini memang boleh buat…
Telur rambu memang nampak mudah dibuat, tetapi nak mendapatkan helaian yang nipis, halus dan sekata…
Bihun goreng kicap simple ini mungkin nampak biasa kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas, tetapi…