japanese fluffy pancake

Japanese Fluffy Pancake adalah pancake gebu yang rasanya seakan kek span cotton. Kaedah meringue dalam resepi ini menjadikan ia sangat lembut dan gebu.

Hidangan yang berasal dari negara Jepun ini sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan dan minum petang. Bila makan, ia terasa seakan cair di mulut.

Kadang-kala anak liat betul nak ambil sarapan. Kita sendiri pun bosan kalau setiap hari makan menu yang sama, anak apatah lagi.

Buat ibu-ibu yang nak menarik minat anak untuk bersarapan, kami telah menjumpai resipi yang dikongsikan oleh Ruzita Mohamed di Facebook.

Penggemar pancake wajib cuba buat ini. Caranya tidaklah sesukar mana. Bahan pun ringkas. Pakai kuali non-stick saja, pasti jadi!

Baca juga: Kuih Apam Jepun @ Sri Gandus, Resipi Guna Sukatan Cawan

RESIPI JAPANESE FLUFFY PANCAKE

japanese fluffy pancake

Bahan-bahan:

  • 2 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 40 gram superfine flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon esen vanilla
  • 25 gram fresh milk full cream
  • 25 gram gula castor
  • 1 teaspoon jus lemon atau cuka

Cara-cara:

1. Campurkan kuning telur, superfine flour, baking powder, esen vanilla dan fresh milk full cream.

2. Whisk (putar) putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental kemudian satukan dengan adunan tadi.

3. Jangan lupa letak butter atas kuali non-stick. Masak di atasnya. Boleh rujuk video di internet kalau nak dapat yang cantik, fluffy dan tinggi. Siap untuk dihidang!

japanese fluffy pancake

Nak dapatkan hasil Japanese Fluffy Pancake yang terbaik, anda perlu gunakan kaedah meringue yang betul. Selepas menjadi, memang puas hati!

Japanese Fluffy Pancake lebih bertambah sedap jika dihidangkan bersama jem. Anda juga boleh makan dengan ice-cream atau whipped cream. Madu pun sedap!

Bentuknya yang comel dan teksturnya yang lembut pasti buat selera anak anda terangkat. Bila makan, rumah sendiri pun terasa seperti di cafe hipster.

Kami yakin anak-anak anda mesti suka. Selamat mencuba!

Sumber: Ruzita Mohamed

Baca juga: Kuih Taiyaki Cara MUDAH, ‘Food Street’ Popular Di Jepun Yang Boleh Dicuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN