roti canai homemade

Jom cuba resepi roti canai homemade. Roti canai merupakan sarapan yang sangat sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai yang menggemari roti canai, lebih lagi roti canai yang ditebar nipis. Memang rangup sungguh! Cicah pula dengan kuah kari dan dal.

Rupanya mudah saja kalau anda nak cuba buat sendiri roti canai di rumah. Jangan risau kalau tak pandai tebar, ada cara supaya ia menjadi nipis elok.

Jom baca perkongsian oleh Puan Rahman Rosmin di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Roti Canai Homemade

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air (anggaran sahaja, tuang sedikit-sedikit sehingga menjadi doh)

Cara-cara:

1. Satukan susu, telur, garam dan air. Kacau sampai larut.

2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli sehingga menjadi doh yang licin dan lembut.

3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.

4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas. Tuang sedikit minyak masak. Perap adunan selama 6-7 jam atau semalaman. Paling kurang 4 jam dah boleh tebar.

5. Kalau tak pandai tebar, tarik-tarik sahaja belakang dulang macam mak-mak kita buat dulu. Yang penting jadi nipis.

6. Kemudian goreng seperti biasa, minyak jangan terlalu banyak.

Kredit: Rahmah Rosmin

Baca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN