Pernah cuba Jagung Cheese Susu? Kalau bagi anak-naak makan, confirm terus jadi snek kegemaran baru.
Biasanya jika beli di luar, penjual akan letakkan dalam cup. Untuk buat resipi ini, anda kena guna susu pekat manis dan susu cair dan keju slice.
Jagung pulak, kena guna jagung tongkol, barulah ia empuk dan serasi dengan bahan lain nanti.
Baca juga: Jagung Liat & Kecut? Ini 7 ‘Rahsia’ Rebus Sedap Yang Penjual Selalu Pakai
Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nadzirah Ismail.
Jom kita cuba buat.
Resipi Jagung Cheese Susu Viral
Bahan-bahan:
- Jagung
- 1 sudu marjerin/ planta
- 1 tin susu cair
- 1 mangkuk kecil susu pekat
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan air masak
- Cheese slice (ikut suka lagi banyak lagi sedap)
Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan majerin atau planta dan masukkan susu cair.
2. Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.
3. Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak sampai jagung empuk.
4. Tutup api dan letak cheese atas jagung.
5. Siap untuk dihidang kepada semua.
Mudah je kan! Tak renyah pun. Korang kena letak air dalam susu pekat tu. Takut teksture kuah cheese nanti terlalu pekat.
Biarkan sampai jagung empuk baru korang letak cheese. Cheese ni cepat cair. So, kena letak akhir sekali.
Selamat mencuba.