
Jom cuba resepi sosej ayam homemade ini di rumah. Jika buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan dan juga bebas bahan pengawet yang merbahaya.
Di samping itu, ibu-ibu juga tidak perlu risau jika mahu diberi kepada anak-anak. Makan setiap hari pun boleh sebab tidak ada letak bahan yang meragukan.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zeti Khalid di bawah.
Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!
RESEPI SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:
- 500g isi dada ayam
- 1 biji bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji lobak merah
- Segenggam daun ketumbar
- 2 biji telur
- 3 tbsp tepung jagung
- 4 tbsp serbuk roti
- 1 tsp serbuk pati ayam
- 1/2 tsp garam
Cara-cara:
- Kisar semua bahan dalam food processor atau menggunakan blender sehingga halus dan sebati.
- Sediakan acuan silikon berbentuk sosej (boleh beli di Shopee) dan paipkan adunan ke dalam acuan tersebut.
- Setelah semua adunan dipaipkan ke dalam acuan, kukus sosej selama 15 minit menggunakan pengukus.
- Setelah dikukus, biarkan sekejap untuk sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.
- Sosej homemade siap untuk dinikmati! Anda boleh menikmatinya dengan roti hotdog atau dimasak mengikut cita rasa.
Sumber: Zeti Khalid
Baca juga: Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














