resepi weges

Ibu-ibu boleh cuba resepi wedges ini untuk anak-anak. Dinikmati pula bersama sos keju cair pasti bertambah sedap.

Kalau asyik beli je, harganya boleh tahan ‘keras’ juga. Nak lagi jimat, kita cuba buat sendiri di rumah. Confirm lagi puas hati!

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sisa di bawah ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan. Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat

RESEPI WEDGES HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang (kalau tak nak kupas kulit pun tak apa, tapi pastikan kena basuh bersih dulu ya)
  • Mixed herbs
  • Lada sulah
  • Garam
  • Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara-cara:

1. Potong kentang dalam bentuk wedges. Kemudian, kukus kentang sehingga lembut tapi jangan lembut sangat, boleh agak-agak sendiri. Kukus lebih kurang dalam 5-7 minit.

2. Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Kemudian gaul sebati.

3. Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

4. Goreng sehingga tenggelam kentang tadi di dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

resepi wedges

Sos Cheesy Homemade

Bahan-bahan:

  • 3-4 sudu makan mentega/marjerin
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum yang diayak
  • 1 kiub pati ayam
  • 6 keping keju biasa
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
  • Sedikit pewarna kuning (optional)

Cara-cara:

1. Mula-mula cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati.

2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Pastikan sos tak terlalu pekat/terlalu cair. Agak-agak dah sesuai boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

4. Kalau nak senang guna saja serbuk cheese segara tu. Bancuh saja dengan air panas. Kacau-kacau, siap!

resepi wedges

Kredit: Sabariah Sisa

Baca juga: Buat Sendiri Krim Marjerin Homemade Macam-Macam Perisa, Semua Boleh Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN