myResipi
2020-11-25
Di Malaysia ni, sebut je marjerin, dalam kepala dah terbayang Planta. Bukan hanya biskut raya, malah Planta juga sentiasa membantu para ibu untuk menghasilkan sarapan bernutrisi serta bertenaga tinggi untuk bekalan harian anak-anak, sekaligus menjadikan hidangan seperti kek, masakan tengah hari serta juadah Hari Raya enak dinikmati oleh seisi keluarga.
Yang paling penting, Planta juga diperkaya dengan 9 vitamin penting iaitu Vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin serta merupakan alternatif baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dengan tidak mengambil minyak berlebihan kerana ia kurang lemak dan garam.
Selain menjadikan aroma masakan lebih harum, rasa masin Planta juga sudah cukup untuk membuatkan makanan yang dimasak lengkap dengan perasa. Tak perlu dah nak tambah pelbagai perasa tambahan yang lain!
Sempena Hari Raya yang bakal tiba ni, jom kami kongsikan antara resepi biskut raya yang semestinya enak dengan menggunakan Planta!
Polka Dot Strawberi Swiss Roll
Bahan-bahan:
Bater
– 70 gram tepung serba guna
– 18 gram susu tepung
– 60 gram gula kastor
– 3 biji telur bersaiz besar
– ovalette 12 gram
– 60 ml Planta (dicairkan)
– 1 sudu teh ekstrak vanila
– Pewarna gel
Inti & topping
– 200ml whipping cream
– 30 gram gula aising
– Strawberi
Cara-cara penyediaan:
1. Buat inti whipped cream dengan pukul whipping cream dan gula aising sehingga putih dan gebu. Biarkan seketika di dalam peti sejuk.
2. Untuk membuat adunan kek, satukan tepung serba guna, susu tepung, gula kastor, telur, ovalette dan ekstrak vanila. Pukul dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga adunan sebati.
3. Masukkan perlahan-lahan Planta yang telah dicairkan sambil pukul adunan dengan kelajuan rendah.
4. Pisahkan adunan menjadi 3 mangkuk. Campurkan 2 dari 3 adunan dengan warna yang diinginkan. Kemudian, masukkan adunan ke dalam piping bag.
5. Sediakan loyang 8 X 11 dengan baking paper. Pipe kan adunan mengikut bentuk daun dan strawberi
6. Isi dulang dengan adunan yang tidak berwarna.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 minit sehingga permukaan kek bertukar menjadi perang keemasan.
8. Keluarkan kek dari oven. Letakkan baking paper di permukaan kek, lalu terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata.
9. Ratakan lapisan whipped cream ke atas kek. Tambahkan strawberi dan whipped cream.
10. Gulungkan kek perlahan-lahan dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum potong.
11. Hidangkan dengan topping whipped cream dan strawberi.
Rainbow German Cookies
Bahan-bahan:
130 gram Planta
60 gram gula aising
80 gram tepung serba guna
100 gram tepung kentang/potato starch
1 sudu teh ekstrak vanila
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan oven hingga suhu 160º C. Satukan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Putar adunan sehingga sebati dan warnanya menjadi sedikit pucat.
2. Tuangkan tepung yang telah diayak dan tepung kentang ke dalam mangkuk dan teruskan mengadun adunan dengan spatula silikon sehingga doh menjadi lembut.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama. Warnakan doh dengan warna yang diingini. Sejukkan doh selama 10 minit.
4. Bentuk doh menjadi bebola (8 gram). Letakkannya di atas dulang yang dilapisi dengan baking paper. Tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper menggunakan garpu.
5. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. Sejukkan biskut mengikut suhu bilik dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Raya bersama keluarga, Raya bersama Planta!
Jadi, sempena musim perayaan ni, jom jadikan Planta sebagai pilihan utama dalam menyediakan juadah isitimewa raya untuk dinikmati seisi keluarga.
Oh ya, untuk pelbagai lagi resepi biskut, kek serta juadah raya yang lazat dan menarik, jangan lupa lawati laman Facebook Planta.
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…
Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…
Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…
Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…