Korang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
najahnurul
Nusantara
Medium
20 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Korang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
750 g lala
1 tangkai daun bawang
3 inci halia
1 labu bawang putih
4-5 sudu besar sos hoisin
1-2 tangkai cili merah
1 sudu besar tepung jagung
Garam mengikut citrasa
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Cuci lala sehingga air rendaman dia menjadi jernih. Tak ada pasir dan tak ada lumpur. Hanya cuci berulang kali sehingga bersih.
Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau wangi.
Masukkan cili dan sos hoisin.
Selepas masukkan sos hoisin, terus masukkan lala dan gaul. Tak perlu masukkan air. Nanti lala tu akan mengeluarkan air. Masak dalam 5 minit sampai kulit lala dah tak ada warna kelabu.
Kemudian boleh pekatkan kuah yang terhasil dengan bancuhan air tepung jagung. Gaul sehingga kuah menjadi pekat. Siap!
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…
Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…
Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…
Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…
Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…
Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…