Nasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.
3 pot beras – basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yang kecil – potong bulat
1/2 biji ubi kentang – potong dadu
bunga kobis – potong biasa
2 inci lobak – di potong memanjang dan kurus-kurus
Garam
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran
Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih – anggaran sendiri
Kredit: Nur Kasih
Tumis bawang, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih – hingga kekuningan dan masukkan rempah campuran.
Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi, bunga kobis dan garam.
Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan lobak , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…
Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…