Amat berguna Inti Daging Blackpepper ini sebab boleh digunakan untuk buat karipap, murtabak, samosa, popia, pau, roti goreng, karipap roll, lasagna dan sebagainya.
Buat sendiri sangat puas hati sebab boleh letak stok inti banyak-banyak. Rasa daging yang lembut dan rempah kurma bersatu memberi kelazatan yang cukup istimewa.
Baca juga: Cream Puff Inti Whipping Cream Yang Gebu Dan Gemuk, Terliur Dibuatnya!
Bagi mak-mak yang nak buat stok yang banyak untuk inti pelbagai guna ini. Boleh ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad ini. Mari kita lihat cara-caranya.
RESIPI INTI DAGING BLACKPEPPER
Bahan-bahan:
- 1 paket daging kisar
- 3 biji kentang – dadu halus
- 1 paket kecil rempah kurma
- 1 biji bawang besar – didadu
- 3 ulas bawang putih – dihiris
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 mangkuk daun sup atau daun bawang – dihiris
- 5 tangkai cili padi – dihiris
- Garam, perasa dan sedikit gula
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga naik bau. Masukkan 2 gelas air.
3. Masukkan kentang dan daging kisar.
4. Masukkan garam, perasa dan gula.
5. Bila daging dan kentang dah empuk, masukkan daun sup atau daun bawang dan cili potong.
6. Siap !
Selamat mencuba resipi Inti Daging Blackpepper ini.
Baca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap