Bunga kantan susah nak jumpa. Kalau ada pun, harganya mahal dan tak boleh beli sikit sebab sudah dibungkus dengan kuantiti yang ditetapkan. Nak tak nak, memang kena tahu cara simpan bunga kantan supaya tahan lama.
Kalau tidak disimpan dengan betul, bunga kantan akan cepat rosak. Membazir pula kan? Harga punyalah mahal.
Seorang pengguna Facebook, Pn Qiha Fareesya berkongsikan cara simpan bunga kantan supaya tahan lama sehingga 3 bulan ke atas! Ikut cara ni baru tak membazir.
1. Kalau bunga kantan bersaiz besar, belah 4. Kalau kecil, belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik,
2. Isi air dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.
3. Simpul dengan kemas.
4. Bekukan macam nak buat aiskrim tu. Bau dan rasa tetap segar macam baru beli.
Kredit: Pn Qiha Fareesya
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…