cara simpan bunga kantan

Bunga kantan susah nak jumpa. Kalau ada pun, harganya mahal dan tak boleh beli sikit sebab sudah dibungkus dengan kuantiti yang ditetapkan. Nak tak nak, memang kena tahu cara simpan bunga kantan supaya tahan lama.

Kalau tidak disimpan dengan betul, bunga kantan akan cepat rosak. Membazir pula kan? Harga punyalah mahal.

Seorang pengguna Facebook, Pn Qiha Fareesya berkongsikan cara simpan bunga kantan supaya tahan lama sehingga 3 bulan ke atas! Ikut cara ni baru tak membazir.

Cara Simpan Daun Kantan Supaya Tahan Lama

Cara-caranya:

1. Kalau bunga kantan bersaiz besar, belah 4. Kalau kecil, belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik,

2. Isi air dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.

3. Simpul dengan kemas.

4. Bekukan macam nak buat aiskrim tu. Bau dan rasa tetap segar macam baru beli.

Dah 3 bulan, bunga kantan masih cantik

Kredit: Pn Qiha Fareesya

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam