Bila hanya duduk rumah, anak-anak asyik minta makanan. Makanan bergoreng seperti kentang goreng, nugget sentiasa menjadi pilihan. Kalau mahukan kelainan, ibu-ibu boleh cuba buat Creamy Crab Croquette ni.
Mudah saja nak buat. Bahan yang digunakan juga selalunya ada di dapur. Yang penting jimat duit poket tak perlu asyik beli makananĀ frozenĀ di pasaraya. Kalau ada yang mahu cuba buat, lihat saja resipi perkongsian oleh Khyra Amanda di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!
1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.
2. Cairkan separuh butter sampai cair.
3. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.
4. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.
5. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.
6. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.
7. Bentukkan isi ketam biar bulat.
8. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.
9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam supaya tidak hancur bila digoreng.
10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit: Khyra Amanda
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…