ikan tenggiri masak cuka

Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini pasti membuatkan anda ingin tambah nasi lebih dari satu pinggan!

Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Jadi, apa kata kita cuba ikan masak cuka ini. Jika tiada ikan tenggiri, boleh juga gantikan dengan ikan merah, ikan tongkol atau apa sahaja jenis ikan yang disukai.

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

ikan tenggiri masak cuka

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri atau ikan lain (digoreng)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Biji sawi
  • Air
  • Cuka makan
  • Cili api
  • Timun (optional)
  • Bahan perasa (mengikut cita rasa)

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih, halia dan biji sawi dalam minyak panas hingga wangi dan harum.
  2. Selepas itu, masukkan air dan cuka, biarkan ia mendidih seketika.
  3. Apabila air mula mendidih, masukkan cili api dan timun (jika suka). Biarkan ia sebati bersama bahan-bahan lain.
  4. Tambahkan perasa seperti garam, gula atau serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
  5. Setelah itu, masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi, kacau rata supaya semua bahan tercampur dengan baik.
  6. Biarkan seketika agar rasa meresap ke dalam ikan.
  7. Setelah itu, hidangan ikan tenggiri masak cuka siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Khazinatulasrar Anis

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN