Resipi Ikan Sambal Taucu Cabai Burung ini sangat mudah dimasak. Taucu adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular di kalangan masyarakat Indonesia.
Cara memasaknya berbeza dengan hidangan masakan taucu yang biasa kita makan. Ikan akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal taucu yang dimasak dengan cili kisar dan kacang taucu.
Baca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je
Ikan dan kuah akan dimasak berasingan sebelum ia disatukan untuk dihidang. Tujuannya adalah untuk ikan dimakan garing bersama sambal taucu.
Resipi ini telah dikongsikan oleh AdikFoods. Dan hasil perkongsiannya sudah tentu ramai yang ingin mencuba resipi ini.
RESIPI IKAN SAMBAL TAUCU CABAI BURUNG
Adik’s Ikan Sambal Taucu Cabai Burung. Kalau rasa tak sedap badan, makan masakan macam ni terus lalu makan. Moh le buat! Ikan tu saya guna ikan siakap. Nak guna ikan lain pun boleh. Ayam pun sedap masak sambal taucu ini.
Bahan-bahan:
- Ikan Goreng 500g
- Serbuk kunyit ikan Adabi
- Garam Adabi
Bahan-bahan kisar:
- 1 biji cili padi 3 biji cili merah (nak guna semua cili padi pun boleh)
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia muda
Bahan-bahan lain:
- ⅓ cawan Taucu kasar (saya guna Taucu Opah Nur)
- 1 cawan air
- ½ sdb Asam Jawa Xtra Adabi
- 2 biji bawang besar – hiris bulat 3 biji cili merah / hijau – belah dua
- Serbuk perasa ikut selera
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng ikan yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Selepas itu, kisarkan ke semua bahan-bahan kisar yang sudah disenaraikan di atas. Kisar tanpa air.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan taucu.
4. Masukkan pula pes asam jawa, secawan air dan serbuk perasa secukupnya.
5. Tumis sekejap kemudian masukkan bawang besar. Bila bawang besar dah layu, masukkan pula cili merah dan hijau beserta ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
6. Boleh tutup api dan masukkan dalam pinggan lauk. Sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@adikfoods #ForYouMalaysia Adik’s Ikan Sambal Taucu Cabai Burung. Kalau rasa tak sedap badan, makan masakan macam ni terus lalu makan😅. Moh le buat! Ikan tu saya guna ikan siakap. Nak guna ikan lain pun boleh. Ayam pun sedap masak sambal taucu ni. . 🔘 Kredit lagu latar : Nak Dara Rindu . 🅱️ Bahan- bahan ▪️Ikan Goreng 500g ikan Serbuk kunyit Adabi Garam Adabi ▪️Bahan Kisar 11 biji cili padi 3 biji cili merah (nak guna semua cili padi pun ok) 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 in halia muda ▪️Bahan lain ⅓ cwn Taucu kasar ( saya guna Taucu Opah Nur) 1 cwn air ½ sdb Asam Jawa Xtra Adabi 2 biji bawang besar – hiris bulat 3 biji cili merah / hijau – belah dua Serbuk perasa ikut selera . #adikfoods #adikfoodsrecipe #makanlokal #foryou #foryourpage #recipesforyou #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokbrunei #tiktoksingapore
Selamat mencuba resipi Ikan Sambal Taucu Cabai Burung ini.
Sumber: TikTok AdikFoods
Baca juga: Ikan Tenggiri Sambal Hijau, Resipi MUDAH Tak Jemu Makan Dibuatnya!