ikan patin masak tempoyak

Masakan yang menggunakan tempoyak memang banyak, tapi salah satu yang paling disukai ramai adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Banyak cara untuk memasaknya tapi yang ini adalah resipi asli dari Pahang.

Resipi ini hasil perkongsikan oleh Puan Ieda Ida. Cara memasaknya tidaklah sukar mana, hanya menggunakan beberapa bahan saja iaitu cili padi, kunyit hidup, tempoyak, bunga kantan dan bahan perasa. Namun begitu, ‘rasa’ dia memang padu dan lazat!

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK ASLI PAHANG

Bahan-bahan kisar:

  • 8 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 mangkuk kecil tempoyak (jika kurang boleh lebihkan)

Kisar semua bahan ini sehingga sebati.

ikan patin masak tempoyak

Bahan-bahan lain:

  • 1 kuntum bunga kantan dihiris 4
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Garam, gula, serbuk perasa secukupnya
  • Air mengikut kuantiti kuah yang disukai
  • 1-2 keping asam gelugur

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali ikan, daun kesum dan bunga kantan.

2. Apabila kuah sudah mendidih, bolehlah masukkan ikan.

3. Jika kuah cair tambahkan lagi tempoyak. Jika kurang kuning, masuk sedikit serbuk kunyit.

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Apabila semua dah sebati dan ikan juga sudah masak, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

ikan patin masak tempoyak

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN