tomyam sayur

Peminat masakan Thailand wajib cuba resipi tomyam sayur Thai yang sangat enak dan menyelerakan ini. 

Empunya resipi, Afy Al Habibi memberi nama ‘Thai’ kerana ada penggunaan susu cair di dalamnya.

Selain itu, batang ketumbar serta daunnya juga turut digunakan dalam masakan untuk menghidupkan lagi aroma tomyam.

Bukan itu saja, tomyam sayur juga lebih jimat berbanding tomyam seafood kerana tidak menggunakan makanan laut. Di mana, ia hanya menggunakan sayur semata-mata.

Baca juga: Resipi Tomyam Yang Pekat Likat, Letak Sedikit Susu Pekat Baru Lagi Perfect!

RESEPI TOMYAM SAYUR THAI KAW

Bahan-bahan:

  • Potongan kecil ayam
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 cawan air
  • 1/2 senduk kecil sos cili
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 senduk susu cair
  • Secubit dua garam

Bahan-bahan sayur:

  • Sedikit bunga kubis
  • Sedikit kubis
  • 5 biji cendawan shitake
  • 1 biji tomato
  • 2 batang saderi
  • 1/4 batang carrot
  • Sebatang daun ketumbar

Bahan-bahan tumis:

  • 1/2 bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • Sehiris halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili padi
  • Pes tomyam

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.

2. Selepas itu, masukkan potongan kecil yang bertulang. Biarkan seketika guna api perlahan.

3. Kemudian masukkan 2 sudu pes tomyam. Kacau sebati.

tomyam sayur

4. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.

5. Boleh masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.

6. Untuk sebatikan rasa kuah, masukkan sebiji tomato beserta akar ketumbar yang sudah dicuci bersih.

7. Untuk kuah yang lebih kaww, masukkan juga 1/2 senduk kecil sos cili.

8. Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula jika suka rasa masam, manis dan masin. Jika tak suka rasa manis, tak perlu letak gula.

9. Masukkan juga secubit atau dua cubit garam. Jangan terlalu banyak kerana pes tomyam sudah tersedia masin.

10. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati menggunakan api perlahan.

11. Akhir sekali baru masukkan batang saderi, cendawan shitake dan carrot. Tunggu seminit dua sebelum tutup api.

tomyam sayur

12. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

 

Kredit resipi dan gambar: Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN