Resipi ikan masak cuka atau ikan masak jeruk ini memang popular di kalangan penduduk Utara dan telah menjadi pilihan utama dalam menyediakan hidangan yang tahan lama.
Hidangan ini sangat mudah disimpan dan boleh disediakan dengan cepat untuk dimakan bersama nasi panas pada bila-bila masa. Terdapat beberapa tips penting yang perlu diambil kira dalam proses memasak hidangan ini.
Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka
Bagi anda yang berminat untuk mencuba memasak sendiri hidangan ikan masak cuka ini, langkah-langkahnya cukup mudah. Rasanya yang unik dengan masam dan manis pastinya akan memuaskan selera.
Penting untuk menggoreng ikan sehingga garing dan menggunakan jumlah cuka yang mencukupi agar hidangan dapat bertahan lama.
Perlu diingatkan, keseimbangan rasa adalah kunci untuk mencapai cita rasa yang sempurna pada masakan ini. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Razana Razak ini.
RESIPI IKAN MASAK JERUK UTAGHA STYLE
Resepi ni orang utara memang dah familiar sangat. Lauk ni boleh tahan banyak hari walaupun tak masuk peti sejuk. Kalau bulan puasa kami suka makan time sahur dan kalau tak sempat nak masak sahur lauk ni jadi penyelamat. Ramai pulak yang tanya resepi kan. Ok saya sharekan resepi ini untuk kawan-kawan yang teringin nak mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ikan yang disukai – siang, bersihkan dan goreng siap-siap
- Bawang besar – dihiris halus
- Bawang putih – dihiris / diketuk
- Halia – dihiris halus
- Biji sawi
- Cili padi hijau
- Bawang merah kecil
- Biji sawi
- Cuka – boleh ganti dengan asam jawa kalau perut tak tahan cuka
- Garam
- Gula
- Perasa masakan (optional)
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.
2. Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ini boleh masukkan gula, garam dan perasa (kalau suka).
Tips: kena letak banyak gula untuk seimbangkan dengan rasa cuka.
3. Bila air sudah menggelegak, masukkan ikan goreng yang digoreng garing.
4. Seterusnya masukkan cili hijau dan bawang kecil.
5. Bawang kecil dimasukkan last skali untuk bagi impak rasa ranggup apabila makan. Fuhh sedap.
6. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Siap!
Bagi sesetengah individu yang tidak tahan dengan makanan berkuah cuka, anda boleh menggantikan cuka dengan asam jawa. Untuk anak-anak atau sesiapa yang tidak mahu hidangan terlalu pedas, boleh mengurangkan atau tidak menggunakan cili padi dalam proses memasak.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Razana Razak
Baca juga: Aneka Resipi Ikan Kembung Untuk Masakan Kampung, Menjilat Jari Dibuatnya!