Siapa sangka, hidangan Ikan Kembung Percik kuah merah ini boleh dimasak menggunakan Air Fryer? Dalam masa yang singkat, hidangan ini boleh siap dimasak dan anda pun boleh menikmati juadah.
Kebiasaanya, lauk ini laku dan hanya dapat jumpa ketika bulan Ramadan sahaja. Namun, bagi mereka yang teringin makan di luar musim, pastinya akan membuat sendiri di rumah.
Baca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!
Lagi padu jika makan bersama dengan nasi panas-panas. Tanpa membuang masa, ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Suraya Muhammad ini.
RESIPI IKAN KEMBUNG PERCIK AIR FRYER
Niat di hati nak bakar guna kuali ajaib, tetiba gas memasak sudah haabis. Tukar plan masak guna air fryer, ikan percik siap dalam 10 minit. Lembut juicy.
Bahan perap ikan:
- Garam
- Kunyit
Bahan-bahan kuah percik:
- 6 ulas bawang merah
- 4 tangkai cili kering atau ikut pedas
- Santan pekat
- 1 batang serai
- Halia
- Garam
- Gula
- Asam keping
Cara-cara penyediaan:
1. Gaul ikan dengan garam serta kunyit. Biarkan sekejap supaya perapan serap di dalam ikan.
2. Pada masa yang sama, boleh mula kisar semua bahan untuk kuah tadi.
3. Masak bahan kisar tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Lumur ikan dengan bahan kuah tadi dan perap seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam ikan. Bakar guna
suhu 180 kira-kira 10 minit bergantung kepada jenis Air Fryer masing-masing. Kalau nampak kering, boleh tarik dan letak kuah percik lagi.
6. Siap!
Selamat mencuba resipi Ikan Kembung Percik menggunakan air fryer ini.
Sumber: Facebook سورايا محمد
Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je