ikan duri kuah lada

Masakan ikan duri kuah lada adalah hidangan dari Melaka yang mungkin kurang dikenali berbanding asam pedas, namun rasanya tidak kurang hebat.

Hidangan ini menggunakan rempah ratus yang ringkas tetapi cukup untuk membangkitkan rasa pedas dan masam yang seimbang. Jika ada ikan duri atau ikan mayong, inilah resipi yang wajib dicuba.

Kuah lada ini memang sedap dengan rasa pedas, masam, dan sedikit manis. Jika tidak tahan pedas, boleh kurangkan cili padi dalam cili kisar.

Jom baca resipi perkongsian di bawah ini. Rugi kalau anda tak cuba!

Baca lagi: Resipi Spageti Goreng Kampung, Gerenti Makan Menambah!

RESIPI IKAN DURI KUAH LADA

Bahan-bahan

Bahan Tumbuk:

  • 2 biji bawang merah sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 keping belacan segar

Bahan Lain:

  • 5 helai daun limau purut (buang urat batang jika rajin)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil lada hitam (kisar kasar)
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 ekor ikan duri atau mayong (dibersihkan dan dipotong mengikut saiz sesuai)
  • Segenggam asam jawa (guna yang ada biji untuk rasa asli)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Telur ikan (jika ada)
  • Garam, perasa, dan sedikit gula (mengikut selera)

Cara Penyediaan

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, dan belacan hingga lumat. Ini akan menjadi asas tumisan yang memberikan aroma sedap pada kuah lada.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daun limau purut. Biarkan seketika hingga bau harum keluar.

3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Kemudian tambahkan serbuk kunyit dan lada hitam. Gaul bahan-bahan ini hingga sebati.

5. Teruskan menumis hingga bahan-bahan garing dan pecah minyak. Jika tumisan terlalu kering, tambahkan sedikit minyak dan air. Kemudian, masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis, kacau lagi hingga sebati.

6. Masukkan ikan duri dan gaulkan supaya setiap bahagian ikan disaluti dengan rempah tumisan. Gunakan api kecil dan biarkan selama 5 minit supaya ikan menyerap rasa rempah.

7.  Ramas asam jawa dengan air dan masukkan ke dalam kuali. Ulang proses ini sebanyak 2-3 kali sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini. Pastikan kuahnya tidak terlalu cair agar rasanya lebih pekat dan padu.

8. Bila kuah sudah mendidih, masukkan kerisik untuk menambah kelazatan. Jika ada, masukkan telur ikan untuk rasa tambahan yang lebih mantap.

9. Masukkan garam, perasa, dan sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.

10. Setelah masak, tutup api. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih yang panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN