Siapa sangka, penggemar nasi lemak sanggup berbelanja RM410 untuk hidangan yang digemari ramai? Mungkin ada yang menganggap harga nasi lemak ini tidak masuk akal! Namun, nasi lemak tersebut dihidangkan dengan lauk ‘kayangan’ seperti lobster dan udang kara.
Perkara ini dikongsikan dalam video TikTok oleh peniaga di Dungun, Terengganu. Dalam rakaman, peniaga itu membungkus tujuh hidangan nasi lemak sebelum pelanggan dari Besut membuat pilihan lauk, termasuk dua ekor udang kara, dua sotong jumbo, dan ayam goreng.
Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!
Sejak tular, video itu meraih 1.8 juta tontonan, dengan netizen terkejut melihat pelanggan berbelanja sebanyak itu. Ramai pengguna berpendapat harga nasi lemak tersebut setara dengan perbelanjaan barang dapur untuk satu keluarga.
Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi; ada yang terkejut dengan harga yang dianggap mahal, sementara yang lain memahami bahawa harga makanan laut, terutama lobster, memang tinggi. Bagi mereka, harga RM410 itu dianggap “masuk akal” berbanding harga pasaran.
Beberapa individu juga memuji peniaga terbabit kerana kreatif dalam mencipta kelainan untuk menarik pelanggan dengan menjual lauk yang jarang ditawarkan di premis nasi lemak lain.
“Kalau aku dapat makanan dengan harga sebegini, nak buang air besar pun sayang wehh. Beli mahal-mahal. Kita tak mampu, tengok orang sahajalah. Duit banyak ini cukup beli barang dapur sahaja,” seloroh seorang pengguna.
Sumber video:
@juraidamamad2 orang besut sila hadir🦑🦑🦑🦞🦞
Sumber: Vocket
Baca juga: Tular Video Peniaga Basuh Kuali Roti Canai Guna Air Longkang, Kembang Tekak Dibuatnya!
Bazar Ramadan telah menjadi suatu tradisi pada setiap tahun di bulan Ramadan. Berbeza dengan peniaga…
Terdapat banyak tips memasak yang berguna untuk dipraktikkan pada bulan puasa ini. Salah satunya adalah…
Pernah makan roti bakar di kedai kopitiam sampai tertanya-tanya tentang resipinya. Jadi, kami akan tunjukkan…
Resepi air katira ini bukanlah asli dari negeri Johor. Tapi sudah memadai sekadar untuk membasahi…
Ramai yang suka masak ikan cencaru secara bakar kerana isinya yang begitu manis dan sedap.…
Ramai yang cari Ayam Percik di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Jika teringin sangat…