cuci kuali

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang peniaga roti canai cuci kuali dengan air longkang, yang mengundang kemarahan orang ramai.

Melalui satu hantaran di TikTok, rakaman video berdurasi 24 saat menunjukkan seorang individu yang memakai baju merah sedang membasuh kuali.

Baca juga: Hati-Hati Botol Kicap Di Kedai Makan Ada ‘Bintik Putih’, Ini Kesan Menanti Jika Terguna…

Tular Video Peniaga Cuci Kuali Guna Air Longkang

Individu tersebut kelihatan teragak-agak apabila perbuatannya dirakam, dan akhirnya pergi tanpa memberi sebarang reaksi atau penjelasan.

Namu begitun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti dan belum ada laporan mengenai tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

“Agaknya apalah rasa roti canai mereka ya,” ujar pengguna yang memuat naik video tersebut.

Setakat ini, tiada maklumat terkini mengenai tindakan susulan berkenaan perbuatan tidak beretika tersebut, namun orang ramai mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat dengan segera.

Di ruangan komen TikTok, ramai warganet mengecam tindakan peniaga tersebut yang dipercayai seorang warga asing kerana tidak mengamalkan kebersihan dalam perniagaan.

“Kena buat aduan, tidak boleh dibiarkan,” ujar Ariff.

“Bagus benda-benda macam ini memang kena viral supaya lebih ramai yang tahu,” ujar Zaliza Ismail.

Video penuh: 

Sumber: Xtra

Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN