hadiah untuk hari guru

Hari Guru adalah waktu yang tepat untuk menghargai jasa cikgu, terutamanya yang suka memasak. Jika tiada idea, anda boleh sediakan beberapa barang dapur sebagai hadiah untuk Hari Guru.

Buat cikgu yang suka memasak, setiap hidangan yang disediakan penuh dengan kasih sayang, sama seperti ilmu yang mereka curahkan. Jadi, hadiah bertema masakan memang cara terbaik untuk hargai mereka.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa idea hadiah untuk Hari Guru yang kreatif dan menarik. Jika beri hadiah seperti ini, pasti akan membuatkan cikgu-cikgu rasa dihargai dan gembira.

Baca juga: 15 Idea Kek Sempena Hari Ibu, Semuanya Nampak Sedap & Klasik Untuk Gembirakan Mak!

10 IDEA HADIAH UNTUK HARI GURU YANG MEMUDAHKAN CIKGU MEMASAK DI RUMAH

1. Set resipi.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Aryati Sarah

Jika ingin memberikan hadiah yang kreatif kepada guru, berikan saja satu set resipi lengkap bersama bahan-bahan yang diperlukan. Antara resipi yang mudah dan sesuai ialah tomyam atau kari.

2. Set apron dan sarung tangan.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Zeeda Hasain

Guru yang suka memasak di rumah pasti sering menggunakan apron dan sarung tangan. Hadiahkan set apron dan sarung tangan yang cantik, pasti mereka akan teruja dan gembira.

3. Set alatan memasak.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Butik Mazinda

Alat memasak seperti sudip, senduk, pisau dan lain-lain sangat penting di dapur. Jadi, hadiahkanlah set alatan memasak supaya guru dapat menjalankan tugas di dapur dengan lebih mudah dan lancar.

4. Pes segera.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Chef Zam Instant Paste

Ramai guru suka memasak di rumah dengan bantuan pes segera. Oleh kerana ia menjimatkan masa dan tenaga, jadi hadiah ini sesuai untuk guru yang telah sibuk seharian di sekolah.

5. Serbuk dan rempah ratus.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Meriani Semain

Bahan serbuk dan rempah ratus seperti serbuk kari, empat sekawan dan sup bunjut sangat berguna di dapur. Jika guru menerima hadiah seperti ini, pasti tersenyum lebar nanti.

6. Air kordial.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Zue EzZehra

Setelah penat memasak, pasti guru nak minuman yang sedap dan menyegarkan. Jadi, hadiahkan saja air kordial pelbagai perisa seperti oren, epal atau mangga, pasti buat mereka tersenyum.

7. Set pinggan mangkuk.

hadiah untuk hari guru

Kredit gambar: Facebook Kak Mari

Guru wanita biasanya sukakan set pinggan mangkuk, lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Hadiahkan set dengan corak bunga klasik, pasti mereka seronok menerimanya.

8. Bekas tupperware.

Kredit gambar: Facebook Nor Huda Uda

Selain menggunakan pinggan mangkuk, ada juga guru yang lebih suka bekas tupperware untuk isi lauk. Selain mudah disimpan, mereka juga boleh terus panaskan dalam microwave nanti.

9. Buku resipi.

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Guru yang gemar menimba ilmu pasti gembira menerima hadiah berupa buku resipi. Apatah lagi jika ia merupakan koleksi resipi daripada chef kesukaan mereka, seronok tak terhingga.

10. Acuan kuih, kek atau cupcake.

Kredit gambar: Tokopedia

Jika anda sudah tahu guru itu suka buat kuih, kek atau cupcake di rumah, hadiahkan saja acuan pelbagai bentuk yang comel belaka. Pasti mereka suka dan teruja nak guna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kami Anak Malaysia

Baca juga: 10 Idea Makanan Untuk Hadiah Hari Guru, Cikgu-Cikgu Mesti Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN