idea hadiah hari guru

Tarikh 16 Mei cukup bermakna buat para pendidik di Malaysia. Waktu inilah ramai mula cari idea hadiah untuk Hari Guru sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Di sini kami kongsikan beberapa idea hadiah Hari Guru berupa makanan yang menarik untuk anda berikan.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Idea Jamuan Akhir Tahun Anak, Resipi Mac & Cheese Untuk 40 Pek Kecil

IDEA MAKANAN UNTUK HADIAH HARI GURU

1. Kek Gulung

idea hadiah hari guru

Kek Gulung atau sering dipanggil sebagai Swiss Roll sangat sedap dimakan. Rupa bentuknya yang menarik dan ceria sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk guru.

2. Macaron

Macaron iaitu biskut kecil bulat dengan pelbagai warna ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah hari guru. Teksturnya rangup di luar, tapi di tengah ada krim lembut yang cair dalam mulut.

3. Puding

Puding cukup popular sebagai pencuci mulut yang enak. Rasanya yang manis, lembut dan ringan di mulut akan membuat guru anda bahagia memakannya.

4. Cookies

idea hadiah hari guru

Antara hadiah menarik lain adalah cookies yang mempunyai tekstur rangup dan tidak mudah hancur. Guru boleh memakannya sambil menyemak kerja sekolah anak anda.

5. Kek Lapis

Kek lapis yang sangat terkenal di Sarawak ini juga tak kurang hebatnya. Guru anda pasti kagum melihat kek ini yang berbentuk lapisan unik dengan warna menawan.

6. Cupcake atau Muffin

Cupcake atau Muffin merupakan kek kecil yang diletak atas cawan kertas. Hiasan manisan atau buah-buahan boleh buat guru anda tergoda untuk memakannya.

7. Aiskrim Malaysia

Semua orang sukakan aiskrim Malaysia, apatah lagi seorang guru. Jika takut ia cair, anda boleh hadiahkannya bersama beg bekal makanan thermal khas.

8. Buah-buahan

Buah-buahan juga sangat bagus dijadikan sebagai hadiah pada Hari Guru. Anda boleh berikannya dalam bentuk hamper atau kotak hadiah.

9. Kek span

Walaupun Kek Span sering dianggap kek biasa, tetapi ia sangat lembut dan gebu. Guru yang sukakan kek pasti gembira jika dapat hadiah sebegini.

10. Makanan sejuk beku

Jarang guru dapat hadiah berupa makanan sejuk beku, tapi ia sebenarnya merupakan antara hadiah menarik. Lebih-lebih lagi jika guru itu sangat suka memasak.

Itulah antara idea hadiah Hari Guru menarik berupa makanan untuk anda berikan kepada guru yang istimewa.

Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu!

Sumber: Yummy

Baca juga: 5 Idea Menu ‘Potluck’ Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN