resepi sup ayam thai

Nak masak hidangan berbuka dan kebetulan hujan, mesti nak makan sesuatu yang hangat dan menyegarkan. Jadi, resepi Sup Ayam Thai ini pilihan tepat untuk anda buat di rumah.

Sup Ayam Thai merupakan hidangan sup paling popular dari Thailand dan disukai ramai kerana kuahnya sungguh lazat bersama isi ayam yang lembut dimakan.

Tengku Syazwany telah kongsikan resepi Sup Ayam Thai yang sangat sedap dan menarik sampaikan mendapat 15 ribu perkongsian di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Siam, Main Ketuk-Ketuk Pun Kuah Rasa Nikmat Lain Macam

RESEPI SUP AYAM THAI

resepi sup ayam thai

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Lemak ayam (dihiris)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Bawang besar (dimayang)
  • Serai
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam
  • Lobak merah
  • 2 sudu sos ikan
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Garam dan secukup rasa atau ajinomoto
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk bawang putih dan halia, kemudian mayang (hiris nipis) bawang merah dan bawang besar.

2. Tumis bahan yang ditumbuk dan dimayang tadi bersama serai (jika serai halus, letak banyak, tapi jika besar, letak 2 atau 3 saja) dan hirisan lemak ayam sampai naik bau atau layu.

resepi sup ayam thai

3. Selepas itu, masukkan air.

4. Apabila nampak kuah hampir menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan lobak merah, kemudian biar seketika.

5. Setelah itu, masukkan 2 sudu sos ikan, tomato daun limau purut.

6. Seterusnya, perasakan dengan garam dan secukup rasa atau ajinomoto.

7. Apabila ayam sudah masak, masukkan daun daun ketumbar dan perahan limau nipis. Siap untuk dihidang!

Resepi Sup Ayam Thai ini tak sama seperti sup ayam biasa kerana rasa masam dan manisnya memang kena dengan tekak. Sekali hirup kuahnya, pasti tak berhenti nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku Syazwany

Baca juga: Ikan Merah Masak Sup Paling Simple, Kuah Sedap Begini Mesti Kena Puji Nanti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN